Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Sahkan Expansion Besar, Update Ulang Tahun Pertama Akan Tiba 18 Februari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2026
in Action, Artikel, Berita, MHWilds, Open World, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds Sahkan Expansion Besar, Update Ulang Tahun Pertama Akan Tiba 18 Februari!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah setahun berlalu sejak Monster Hunter Wilds dilancarkan, dan kini Capcom ingin meraikan pencapaian tersebut dengan pengumuman paling besar setakat ini. Sempena ulang tahun pertama, produser siri Ryozo Tsujimoto mengesahkan bahawa satu “expansion besar” kini sedang dalam fasa pembangunan.

Walaupun butiran terperinci masih dirahsiakan buat masa ini, Tsujimoto membandingkan skop kandungan akan datang ini dengan Monster Hunter World: Iceborne dan Monster Hunter Rise: Sunbreak.

Expansion gaya “G-Rank” seperti ini biasanya menggandakan saiz game asal, menambah lokasi baharu, tahap kesukaran yang lebih tinggi, serta raksasa lama dan baharu yang sangat besar.

Version 1.041

Sebelum expansion tersebut tiba, para hunter mempunyai banyak tugasan untuk diselesaikan. Pada 18 Februari, Capcom akan melancarkan Versipm 1.041, sebuah kemas kini yang memperkenalkan tahap cabaran baharu.

Tumpuan utama kemas kini ini adalah Arch-tempered Arkveld, versi raksasa flagship yang jauh lebih kuat. Selain Arkveld, beberapa raksasa 10-star Arch-tempered lain turut diperkenalkan, termasuk Rey Dau, Uth Duna, Nu Udra, dan Jin Dahaad.

Bagi membantu pemain menghadapi ancaman ini, tahap kesukaran 10-star baharu dan high-difficulty optional quest akan ditambah ke dalam hub permainan.

Selain aktiviti memburu, kemas kini ini turut membawakan sentuhan kreativiti komuniti dan kolaborasi menarik. Pemain akhirnya boleh memiliki rekaan Great Sword dan Pendant yang memenangi pertandingan reka bentuk rasmi komuniti.

Tambahan pula, kolaborasi khas dengan game yang bakal dilancarkan, Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection, akan bermula dengan menampilkan side mission khas dan ganjaran unik.

Sebulan Penuh dengan Festival

Bermula 18 Februari, acara “Festivals of Accord” akan berlangsung secara bergilir-gilir di pangkalan, di mana setiap satunya menawarkan estetika unik dan ganjaran masa terhad.

Semua pemain yang log masuk antara 18 Februari hingga 19 Mac boleh menuntut “Hunter Appreciation Pack” yang mengandungi pelbagai bekalan khas. Capcom juga menghadiahkan setiap pemain satu Character and Palico Edit Voucher secara percuma, membolehkan para hunter mengubah rupa watak mereka sempena ulang tahun ini.

Jadual Penuh Acara: Februari – Mac 2026

18 Februari – Pelancaran Besar (Ver. 1.041)

  • Arch-tempered Hunts: Arkveld dan varian 10-Star bagi Rey Dau, Uth Duna, Nu Udra, dan Jin Dahaad.
  • Kandungan Khas: Misi sampingan Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection dan senjata/pendant pemenang Design Contest.
  • Festival of Accord: Blossomdance: Perayaan masa terhad sehingga 25 Februari.

25 Februari

  • Festival of Accord: Flamefete: Berlangsung sehingga 4 Mac.
  • Event Quest Baharu: “Neon Neopterons” (Kekal).

28 Februari – Hari Ulang Tahun Rasmi

  • Event Quest Masa Terhad: “Just What the Doctor Ordered.”
  • Event Quest Baharu: “Razzle Dazzle Frazzle” (Kekal).

4 Mac

  • Festival of Accord: Dreamspell: Berlangsung sehingga 12 Mac.
  • Event Quest Akan Datang: Butiran akan diumumkan kemudian.

12 Mac

  • Festival of Accord: Lumenhymn: Berlangsung sehingga 19 Mac.
  • Event Quest Akan Datang: Butiran akan diumumkan kemudian.

19 Mac

  • Free Challenge Quest: Pertarungan sengit masa terhad menentang Arch-tempered Arkveld.

Monster Hunter Wilds tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Remake “2-Dalam-1” Yang Pasti Menggembirakan Hati Mana-Mana Peminat

Next Post

Tokyo Game Show 2026 Bakal Berlangsung 5 Hari Tanpa Henti Bermula 17 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Tokyo Game Show 2026 Bakal Berlangsung 5 Hari Tanpa Henti Bermula 17 September!

Tokyo Game Show 2026 Bakal Berlangsung 5 Hari Tanpa Henti Bermula 17 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd