Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live-Action BLUE LOCK Tampilkan Barisan ‘Egoist’ Dalam Trailer Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Live-Action BLUE LOCK Tampilkan Barisan ‘Egoist’ Dalam Trailer Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa hari mendedahkan watak secara berperingkat, trailer pertama bagi filem live-action BLUE LOCK akhirnya didedahkan.

Walaupun filem ini dijadualkan tayang secara rasmi di Jepun pada 7 Ogos, trailer ini sudah cukup untuk membuatkan kami teruja sementara menunggu pengumuman tarikh tayangan di Malaysia. Memandangkan siri ini sangat popular di pawagam tempatan sebelum ini, kemungkinan besar ia akan dibawa masuk ke sini juga.

Berita paling besar yang hadir bersama trailer ini adalah pengumuman pelakon bagi watak yang memulakan segalanya. Masataka Kubota telah disahkan akan memegang watak sebagai Jinpachi Ego, iaitu perancang utama di sebalik projek Blue Lock.

https://twitter.com/BLUELOCK_MOVIE/status/2020052914379923497

Pihak produksi juga telah mengumpulkan barisan bintang muda Jepun yang sedang meningkat naik untuk melengkapkan ahli Team Z:

  • Fumiya Takahashi (Yoichi Isagi)
  • Kaito Sakurai (Meguru Bachira)
  • Kyōhei Takahashi (Hyoma Chigiri)
  • Kōta Nomura (Rensuke Kunigami)
  • Yuzu Aoki (Gurimu Igarashi)
  • Shō Nishigaki (Asahi Naruhaya)
  • Yūki Tachibana (Gin Gagamaru)
  • Raizō Ishikawa (Jingo Raichi)
  • Joey Iwanaga (Okuhito Iemon)
  • Shunya Asano (Wataru Kuon)
  • Yūki Sakurai (Yudai Imamura)
  • Yūki Kura (Ryosuke Kira)

⬠⬟⬠ 𝐕𝐈𝐒𝐔𝐀𝐋解禁 ⬠⬟⬠
◁ ティザー/12FACE ▷

"生き残れるのは300分の1"
"最初の脱落者は誰だ?"

映画『#ブルーロック』8月7日(金)KICK OFF⚽#エゴい pic.twitter.com/cvTRpJyHwD

— 映画『ブルーロック』公式 (@BLUELOCK_MOVIE) February 7, 2026

Filem ini diarahkan oleh Yūsuke Taki dengan skrip oleh Tetsuo Kamata. Produksi filem dikendalikan oleh CREDEUS. Ini adalah studio yang sama yang mendapat pujian melambung menerusi filem live-action Golden Kamuy.

Bagi mereka yang kurang tahu tentang manga/anime ini, BLUE LOCK ciptaan Muneyuki Kaneshiro dan Yūsuke Nomura telah menjadi fenomena global sejak mula diterbitkan Weekly Shōnen Magazine pada tahun 2018.

Kisahnya bermula selepas kekalahan Jepun dalam Piala Dunia 2018. Untuk mengatasi masalah pasukan kebangsaan, Persatuan Bola Sepak Jepun telah mengumpulkan 300 striker sekolah menengah terbaik negara dan “mengurung” mereka dalam sebuah fasiliti seumpama penjara.

Matlamatnya kejam: setiap pemain perlu mengetepikan semangat berpasukan dan menjadi “egoist” terulung untuk bergelar penyerang terbaik dunia. Bagi mereka yang gagal dalam cabaran ini, impian mereka untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan Jepun akan terkubur selamanya.

Walaupun tarikh 7 Ogos itu buat masa ini hanyalah untuk tayangan di Jepun, peminat di Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terbaru daripada rangkaian pawagam tempatan seperti GSC dan TGV.

Tags: Blue Lock
ShareTweetSend
Previous Post

Horizon Hunters Gathering – Sebuah Aksi Co-op Baharu Dalam Alam Horizon!

Next Post

My Hero Academia – Misteri Bapa Deku Akhirnya Terjawab!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
My Hero Academia – Misteri Bapa Deku Akhirnya Terjawab!

My Hero Academia - Misteri Bapa Deku Akhirnya Terjawab!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd