Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime ‘Daemons of the Shadow Realm’ Umum Tarikh Tayangan 4 April 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime ‘Daemons of the Shadow Realm’ Umum Tarikh Tayangan 4 April 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Adaptasi anime bagi Daemons of the Shadow Realm (Yomi no Tsugai) telah mengesahkan tarikh tayangan perdananya yang jatuh pada 4 April 2026.

Lagu opening theme bagi bahagian pertama musim pertama bertajuk “Tobu Toki” (Time to Fly) dan dinyanyikan oleh Vaundy. Melengkapkan siri ini, lagu ending theme bertajuk “Tobō yo” (Let’s Fly) pula akan dibawakan oleh yama.

Info terbaharu turut mendedahkan barisan pelakon suara sampingan:

  • Takako Honda sebagai “Left”
  • Rikiya Koyama sebagai “Right”
  • Miyuri Shimabukuro sebagai Hana
  • Junichi Suwabe as Jin

抗え、その運命に。

TVアニメ「#黄泉のツガイ」
2026年4月より連続2クールで放送!https://t.co/JohooF0MPt#逸話の日 #ヨミツガ pic.twitter.com/pcjumoKpli

— 「黄泉のツガイ」TVアニメ公式 (@tsugai_official) January 28, 2026

Pelakon-pelakon baharu ini menyertai barisan pelakon utama yang merangkumi Kenshō Ono sebagai protagonis bernama Yuru dan Yume Miyamoto sebagai adiknya, Asa. Turut melengkapkan barisan ini ialah Yūichi Nakamura sebagai Dera dan Misaki Kuno sebagai Gabu-chan.

Berdasarkan manga karya Hiromu Arakawa (pencipta Fullmetal Alchemist), kisahnya mengikuti perjalanan Yuru, seorang pemuda yang menjalani kehidupan tenang dan terpencil di sebuah kampung di pergunungan. Sambil Yuru hidup harmoni dengan alam semula jadi, adik kembarnya Asa pula dikurung di dalam sangkar di tengah-tengah kampung untuk memenuhi satu “tugas” yang tidak pernah dijelaskan oleh sesiapa. Apabila rahsia di sebalik kampung itu mula terbongkar, Yuru terheret ke dalam konflik yang melibatkan “Tsugai”; iaitu entiti ghaib yang muncul secara berpasangan.

#黄泉のツガイ 情報解禁生配信
―黄泉のツドイ― 配信開始。https://t.co/8tlkmErh6B#ヨミツガ pic.twitter.com/hPUOEBDTRQ

— 「黄泉のツガイ」TVアニメ公式 (@tsugai_official) February 2, 2026

Produksi anime dikendalikan oleh Bones, studio yang cukup terkenal dengan penghasilan babak aksi yang lancar dalam Fullmetal Alchemist: Brotherhood, My Hero Academia, dan Mob Psycho 100. Pihak penerbit turut mengesahkan bahawa anime ini akan ditayangkan selama dua cour berturut-turut.

Tags: animeDaemons of the Shadow Realm
ShareTweetSend
Previous Post

Neverness to Everness Dedah Gameplay Baharu Sebelum Ujian Beta Minggu Ini!

Next Post

[UPDATE] Filem Live-Action ‘Blue Lock’ – Inilah Barisan Pelakon Team Z!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[UPDATE] Filem Live-Action ‘Blue Lock’ – Inilah Barisan Pelakon Team Z!

[UPDATE] Filem Live-Action ‘Blue Lock’ - Inilah Barisan Pelakon Team Z!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd