Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Sea of Remnants – Open-World Lanun Yang Gabungkan Combat Darat Turn-Based & Combat Laut Real-Time!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, Preview, PS5, Steam
0 0
0
Previu Sea of Remnants – Open-World Lanun Yang Gabungkan Combat Darat Turn-Based & Combat Laut Real-Time!
Share on FacebookShare on Twitter

Berlayar ke hujung dunia, bongkar kebenaran, padam ingatan anda, dan mula semula. Inilah gameplay loop di dalam Sea of Remnants, projek game baharu daripada pencipta Identity V. Kami sempat mencuba sesi demo selama tujuh jam, dan ternyata skala game ini cukup mengagumkan.

Daripada “Pirate City” yang didiami oleh 400 NPC unik hingga ke lautan luas, game ini menawarkan pengalaman pelbagai aspek yang terasa kasual namun epik. Berikut adalah ulasan penuh kami mengapa game ini bakal menjadi antara judul paling unik pada tahun 2026.

Mengapa Kisah Memori Sangat Penting?

Walaupun datang dari studio yang sama, Sea of Remnants tidak meneruskan nada seram dan saspens seperti Identity V. Sebaliknya, ia membawakan tema “diri dan memori” dengan sentuhan yang lebih ringan, namun masih berunsur falsafah.

Dalam dunia ini, lanun wujud seperti puppet, di mana memori mereka terhakis ke dalam laut dalam bentuk cecair magenta yang mengalir dari minda… namun kehilangan ini jugalah yang memacu mereka untuk terus maju.

Pasukan pembangun menekankan bahawa para lanun ini tidak lagi memikirkan soalan eksistensial seperti “Siapa aku?”. Sebaliknya, mereka mengamalkan gaya hidup “hidup untuk saat ini, jangan fikir terlalu banyak.”

Setiap pelayaran mewakili satu loop: sampai ke hujung laut, bongkar kebenaran, pilih untuk lupa, dan berlayar semula. Struktur “mula-semula” tanpa henti ini mencipta rasa yang unik dan memberikan suasana dunia permainan yang ceria tetapi rumit pada masa yang sama.

Dua Open-World – Bandar vs Laut

Sea of Remnants membahagikan gameplay antara “Pirate City” dan lautan terbuka, bagi mewujudkan perbezaan antara kehidupan seharian dan penerokaan jarak jauh, sambil memberi pemain pelbagai pilihan untuk aktiviti bebas.

Nadi permainan adalah Pirate City. Pasukan pembangun mencipta 400 NPC lanun yang mempunyai nama, latar belakang lengkap, dan rutin harian mereka sendiri, di samping ribuan watak sampingan lain. Ini memberikan kota tersebut suasana yang sibuk dan sangat immersive.

Berjalan di celah lorong kota, pemain dapat melihat interaksi natural, terdengar perbualan, dan menyedari gelagat kecil yang membuatkan setiap watak terasa unik. Kota ini sentiasa berkembang seperti sebuah teater hidup, penuh dengan personaliti.

Berbeza dengan interaksi di kota, dunia lautan terasa sangat luas. Pembangunannya bermula empat tahun lalu dan skala pulau-pulaunya masih dikembangkan lagi untuk memastikan setiap wilayah laut menawarkan penerokaan yang berbeza.

Walaupun previu ini hanya merangkumi sebahagian kecil, reka letak pulau, ekologi, dan reka bentuk acara menunjukkan bahawa ini adalah persekitaran yang lengkap, bukannya sekadar peta kosong.

Gameplay Belajar Mengikut Rentak Sendiri

Apa yang paling menyerlah dalam previu ini adalah betapa kayanya eksplorasi tanpa membuatkan pemain rasa terbeban. Game ini tidak pernah memaksa lambakan quest awal atau mewajibkan pemain memahami setiap sistem dengan segera.

Sebaliknya, ia membolehkan pemain membiasakan diri dengan dunia tersebut mengikut rentak sendiri. Di kota, anda boleh santai memburu harta karun, bersembang dengan NPC, menjenguk kedai, atau bermain minigame. Di pulau pula, pemain boleh mengumpul sumber, melawan raksasa, menyelesaikan quest, dan menemui pelbagai acara rawak.

Pacing keseluruhannya santai… tidak terlalu simple, dan tidak juga serabut.

Satu ciri yang menonjol adalah kualiti minigame yang tinggi. Dari Sichuan Mahjong ke perlumbaan rhythm, perlumbaan bir, Snakes and Ladder, dan permainan kad batu-gunting-kertas, setiap satunya dihasilkan agar menarik.

Yang paling penting, penyertaan adalah opsyenal dan tiada denda jika tidak bermain, menjadikannya aktiviti yang boleh diulang main dengan seronok.

Combat Pun Berpecah Dua Kepada Darat dan Laut

Combat di darat menggunakan sistem turn-based berasaskan kelajuan tanpa action point yang rumit atau statistik yang memeningkan. Watak mempunyai serangan asas, skill, dan ultimate, jadi semuanya mudah difahami. Walau bagaimanapun, apabila level watak meningkat, kerumitan combat bertambah secara signifikan.

Pemain boleh mempelajari pelbagai Shanties (iaitu buff dengan pelbagai tag) yang akan membuka ‘Class Path’ baharu apabila syarat tertentu dipenuhi.

Ini membolehkan watak yang sama dibangunkan dengan cara yang sangat berbeza, daripada tank kepada damage dealer, atau peranan support dan utility. Ini memberi kebebasan kepada pemain ketika menyusun pasukan.

Keunikan utama combat ini ialah sistem dadu, yang sangat kena dengan tema lanun. Setiap tindakan menghasilkan ‘Enhancement Point’ yang boleh digunakan untuk membaling ‘Enhancement Dice’. Apabila musuh mendedahkan kelemahan, balingan dadu boleh menentukan hasil pertempuran.

Balingan yang lebih tinggi boleh menguatkan serangan dan memberikan tindakan tambahan.

Selain dalam combat, mekanik dadu ini juga muncul semasa penerokaan open world. Jika pemain menyerang musuh terlebih dahulu, balingan dadu akan timbul. Apabila balingan pemain melebihi musuh, seluruh kumpulan musuh akan terkena ‘pre-emptive strike’ sebelum combat sebenar bermula, memberikan kelebihan sejak awal lagi.

Combat laut merangkumi bahagian yang lebih kecil dalam game tetapi masih sama menarik. Pemain mesti mengawal pergerakan kapal, mengekalkan haluan, dan menyasar meriam secara serentak, lantas mewujudkan cabaran yang aktif.

Walaupun previu ini tidak menyertakan pertarungan bos yang besar, pasukan pembangun menunjukkan kandungan akan datang: iaitu sebuah kapal kecil berhadapan dengan raksasa laut gergasi… yang sudah tentu meningkatkan jangkaan kami.

Pendapat Setakat Ini

Berdasarkan previu ini, Sea of Remnants adalah game yang wajib diperhatikan. Ia tidak bergantung kepada “berapa besar peta” atau “berapa rumit sistemnya,” sebaliknya ia membawa pemain ke dalam dunia di mana patung, lanun, memori, dan laut saling berkait.

Penerokaan yang santai, minigame yang menyeronokkan, mekanik combat yang unik, pertempuran laut yang mendebarkan, dan naratif yang mencampurkan unsur misteri memberikan personaliti yang tersendiri kepada judul ini.

Jika versi penuh mengekalkan kualiti yang sama, lautan ini pasti akan menjadi tempat yang ingin dikunjungi pemain berulang kali.

Game ini akan dikeluarkan pada tahun 2026 di PlayStation 5, PC (melalui Steam), iOS, dan Android. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: previuSea of Remnants
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Dragon Quest VII Reimagined – Bagi Kami, Remake Paling Bagus Dalam Francais

Next Post

Bukan Klon Identity V, Joker Studio Jelaskan Apa Yang Ditawarkan Oleh Sea of Remnants!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Bukan Klon Identity V, Joker Studio Jelaskan Apa Yang Ditawarkan Oleh Sea of Remnants!

Bukan Klon Identity V, Joker Studio Jelaskan Apa Yang Ditawarkan Oleh Sea of Remnants!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd