SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio telah mengumumkan bahawa demo percuma untuk Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties akan dilancarkan tidak lama lagi. Ini memberi peluang kepada peminat untuk mencuba sendiri pakej “dua-dalam-satu” yang besar ini sebelum pelancaran rasminya bulan depan.
Pemain PC melalui Steam akan mendapat akses awal, di mana demo ini akan dibuka hari ini, 21 Januari jam 11pm. Pemilik konsol PlayStation 5, Xbox Series, dan Nintendo Switch 2 pula boleh mula bermain bermula esok, 22 Januari jam 1pm.
Judul ini merupakan remake bagi judul klasik tahun 2009, Yakuza 3, bersama Dark Ties; sebuah kempen prekuel serba baharu yang memfokuskan kepada watak antagonis, Yoshitaka Mine.
Kandungan Demo
Save data dari demo ini tidak boleh dibawa ke game penuh. Ini adalah percubaan yang bertujuan untuk mempamerkan mekanik baharu dan penambahbaikan enjin, jadi jangan terlalu grind untuk kumpul Yen atau XP.
Yakuza Kiwami 3:

- Jalan cerita: Sebahagian daripada Chapter 1.
- Eksplorasi: Peta Downtown Ryukyu.
- Combat: Gaya Dragon of Dojima: Kiwami dan gaya Ryukyu.
- Minigame: Karaoke dan banyak lagi.
- Customization: Pakaian (Apparel) dan aksesori telefon bimbit lipat (flip phone).
Dark Ties:

- Jalan cerita: Pengenalan kepada naratif Mine.
- Eksplorasi: Kawasan terpilih di Kamurocho.
- Combat: Gaya Shoot Boxing milik Mine.
- Minigame: Mahjong dan banyak lagi.
Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties akan membuat pelancaran penuh pada 12 Februari 2026, untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Switch 2, dan PC.









Discussion about this post