Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ryan Hurst Dipilih Sebagai Kratos Dalam Siri Aksi Langsung ‘God of War’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 15, 2026
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Ryan Hurst Dipilih Sebagai Kratos Dalam Siri Aksi Langsung ‘God of War’
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya, siri aksi langsung “God of War” terbitan Prime Video telah secara rasmi mengumumkan pelakon yang akan membawa watak Kratos. Amazon MGM dan Sony Pictures mengesahkan bahawa Ryan Hurst, yang cukup dikenali dalam siri “Sons of Anarchy,” telah dipilih untuk menghidupkan watak Ghost of Sparta.

Congratulations to Ryan Hurst (@RamboDonkeyKong) who will be stepping into the role of Kratos for the upcoming God of War live action series!

We're excited to see his take on Kratos as he joins the legendary ranks of T.C. Carson and Christopher Judge who have each shaped this… https://t.co/Mw2F4mhYY2

— Santa Monica Studio – God of War Ragnarök (@SonySantaMonica) January 14, 2026

Pengumuman ini dibuat dua bulan sebelum siri tersebut dijangka memulakan proses penggambaran pada bulan Mac 2026, yang akan berlokasi di Vancouver. Sebenarnya, Hurst sudah pun terkenal dalam dunia Midgard. Beliau sebelum ini merupakan pelakon suara di sebalik watak Thor dalam God of War Ragnarök keluaran tahun 2022.

Lakonannya itu mendapat pujian ramai sehingga melayakkan beliau dicalonkan untuk anugerah BAFTA bagi kategori pelakon pembantu terbaik pada tahun 2023.

Beliau juga dikenali melalui wataknya sebagai Harry “Opie” Winston dalam drama popular “Sons of Anarchy,” selain memegang watak sebagai atlet bola sepak sekolah menengah, Gerry Bertier, dalam filem biografi “Remember the Titans” pada tahun 2000.

Siri akan datang ini akan meneroka naratif dari saga Norse francais tersebut. Secara spesifik, ia akan mengadaptasi peristiwa yang berlaku dalam game tahun 2018, God of War.

Jalan ceritanya mengisahkan perjalanan Kratos bersama anaknya, Atreus, untuk menunaikan hasrat terakhir isteri dan ibu mereka dengan menabur abunya di puncak tertinggi antara semua alam.

Naratif akan memberi tumpuan kepada hubungan bapa dan anak yang kompleks, di mana ikatan mereka diuji dalam sebuah dunia yang didiami dewa-dewa dan raksasa.

Meskipun watak utamanya sudah pun diisi, masih ada beberapa watak penting yang pelakonnya belum lagi diumumkan. Setakat ini, pihak Amazon dan Sony masih belum mendedahkan siapa yang akan memegang watak-watak penting lain seperti Atreus, dewi Freya, atau Odin.

Tanggungjawab untuk menerajui siri ini sebagai showrunner telah diberikan kepada Ronald D. Moore, yang terkenal dengan hasil kerjanya dalam “Battlestar Galactica” dan “Outlander.” Moore sendiri telah mengesahkan bahawa beliau sedang bekerjasama secara rapat dengan pasukan di Santa Monica Studio milik Sony.

Kerjasama ini termasuklah dengan Cory Barlog, yang merupakan pengarah kreatif untuk siri permainan video God of War dan juga berkhidmat sebagai penerbit eksekutif untuk siri televisyen ini.

Tags: God Of War
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel Rivals Tambah Deadpool Sebagai Hero Triple-Role Pertama – Semua Info Tentang Season 6!

Next Post

Animal Crossing: New Horizons Menerima Update 3.0, Bersama Edisi Khas Nintendo Switch 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Animal Crossing: New Horizons Menerima Update 3.0, Bersama Edisi Khas Nintendo Switch 2!

Animal Crossing: New Horizons Menerima Update 3.0, Bersama Edisi Khas Nintendo Switch 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd