Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Rivals Tambah Deadpool Sebagai Hero Triple-Role Pertama – Semua Info Tentang Season 6!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2026
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel Rivals Tambah Deadpool Sebagai Hero Triple-Role Pertama – Semua Info Tentang Season 6!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games bakal memeriahkan lagi Marvel Rivals dengan pelancaran Season 6 pada 16 Januari ini. Musim terbaharu membawa tema “Night at the Museum” dan akan menampilkan watak Deadpool sebagai hero triple-role yang pertama.

Selain itu, para pemain juga akan disajikan dengan peta baharu, penambahbaikan besar di hab sosial Times Square, serta rombakan sistem gameplay.

Deadpool – Gameplay

Selaras dengan perwatakannya yang sukar dijangka, Deadpool boleh dimainkan dalam tiga role berbeza: Vanguard, Duelist, atau Strategist. Ini memberi kebebasan kepada pemain untuk mengubah suai strategi dengan menukar role di zon spawn.

Bagi memastikan gameplay kekal seimbang, setiap pasukan hanya dihadkan kepada seorang hero Deadpool sahaja dalam mod Quick Match dan Competitive.

Basic kit miliknya, yang merangkumi dual-pistol dan katana, tidak akan berubah walau apa pun role yang dipilih, termasuk juga abiliti pasif “health regeneration” dan double jump. Namun, set abiliti istimewanya akan bertukar mengikut role yang digunakan.

  • Vanguard: Sebagai Vanguard, Deadpool mampu melontar sebuah Unicorn Plushie yang akan mendirikan perisai untuk melindungi rakan sepasukan.
  • Duelist: Dalam role Duelist, fokusnya adalah untuk memberikan damage maksimum, dengan kebolehan melontar katana seakan bumerang dan mencipta satu zon area-of-effect yang memaparkan imej-imej aneh Deadpool pada skrin pihak lawan, sekali gus mengganggu tumpuan mereka.
  • Strategist: Apabila menjadi Strategist, serangannya beralih kepada fungsi sokongan, di mana setiap tembakan pistol atau libasan pedangnya akan menyembuhkan rakan sepasukan.

Deadpool turut didatangkan dengan sistem in-match progression. Ini membolehkan pemain menaik taraf abilitinya dengan membaca buku komik semasa pertarungan. Selain itu, abiliti ultimate-nya akan dicas dengan lebih cepat melalui sistem style-grade, yang memberikan bonus kepada pemain yang beraksi dengan kreativiti.

Campuran Mekanik Baharu dan Yang Lama Ditinggalkan

Season 6 bakal merombak dinamik pasukan dengan memperkenalkan dua abiliti team-up yang baharu. Pertama ialah “Mr. Pool’s Interdimensional Toy Box,” yang menggandingkan Deadpool dengan Jeff The Land Shark.

Apabila diaktifkan, Jeff akan menyemburkan air daripada sebuah mainan yang bukan sahaja memulihkan nyawa rakan berhampiran, tetapi juga mengganggu penglihatan musuh. Gandingan baharu kedua ialah “Parker Power Up,” yang menggabungkan Peni Parker dan Spider-Man.

Bagi memberi ruang kepada sinergi baharu ini, dua kombinasi team-up sedia ada akan dimansuhkan: “Ever Burning Bond” (Human Torch dan Spider-Man) dan penyertaan Peni Parker dalam “Rocket Network” (Star-Lord dan Rocket Raccoon).

Sementara itu, peminat Doctor Strange boleh bergembira kerana salah satu abilti team-up lamanya akan diperkenalkan semula dalam kemas kini pertengahan Season 6.5 nanti.

Lokasi Baharu dan Photo Mode

Satu arena baharu akan diperkenalkan pada hujung bulan ini, iaitu “Museum of Contemplation,” sebuah peta jenis Convoy yang bakal dilancarkan pada 29 Januari.

Pada masa yang sama, hab sosial Times Square turut menerima penambahbaikan. Seiring dengan pelancaran Season 6, Photo Mode baharu akan disertakan, membolehkan pemain menyesuaikan sudut kamera dan menggunakan pelbagai penapis.

Seterusnya pada 29 Januari, “Clobberin’ Club” akan dibuka, menyediakan platform untuk pemain beradu kekuatan dalam pertarungan 1v1. Dengan sedikit bayaran unit dalam game, aksi pertarungan ini juga boleh ditayangkan secara langsung pada skrin-skrin besar di sekitar Times Square untuk disaksikan oleh semua.

Ganjaran, Mod Permainan, dan Penyeimbangan Gameplay

Untuk menghargai para pemain yang setia, sistem Hero Proficiency akan dirombak sepenuhnya. Had tahap bagi setiap hero akan ditingkatkan, menawarkan ganjaran-ganjaran baharu seperti avatar dinamik, title, dan barangan kosmetik lain untuk diperoleh.

Turut diperkenalkan adalah satu set aksesori baharu untuk hero-hero seperti Deadpool, Rogue, Doctor Strange, Blade, dan Captain America. Di samping itu, satu koleksi eksklusif yang terdiri daripada 10 kostum dan animasi MVP baharu juga boleh diakses oleh pemain yang disahkan sebagai pelajar kolej.

Spark up the battlefield with new styles!

A new batch of accessories is heading your way, giving you even more options to customize your favorite heroes and add a little bit of flair to every battle.

Available: January 16th UTC!

Play more, earn more, look radiant. 🌟 pic.twitter.com/8AzPTZon60

— Marvel Rivals (@MarvelRivals) January 13, 2026

Beberapa mod permainan sedia ada juga akan mengalami perubahan. Selepas mengambil kira maklum balas daripada komuniti, mod Resource Rumble beserta petanya akan dikeluarkan daripada senarai Quick Match buat sementara waktu.

Pihak pembangun berhasrat untuk mengolah semula mod ini bagi pertempuran berskala lebih besar iaitu 18v18 pada musim-musim akan datang. Mod PVE yang diminati ramai, “Marvel Zombies”, juga akan ditamatkan secara rasmi bermula dengan kemas kini Season 6.

Walau bagaimanapun, pihak pembangun menjanjikan satu pengalaman PVE baharu bakal diperkenalkan dalam tempoh separuh pertama tahun 2026.

⚖️ A new Hero Balance update arrives!
Discover the latest hero tweaks and changes made to refine the experience and change up the battlefield! Make sure to read the full announcement here >> https://t.co/iYQu79Z7xu

The Hero Hot List on our official website has also been updated… pic.twitter.com/N7EBKhYROe

— Marvel Rivals (@MarvelRivals) January 13, 2026

Seperti setiap musim baharu, beberapa penyeimbangan semula hero akan dilaksanakan. Beberapa hero seperti Hulk, Captain America, Doctor Strange, Black Panther, dan Blade akan menerima buff, manakala hero seperti Angela, Daredevil, Gambit, dan Invisible Woman pula akan dikenakan nerf.

Tags: Marvel Rivals
ShareTweetSend
Previous Post

Gameplay Baru Code Vein II Jelaskan Rombakan Sistem Combat & Customization Tanpa Had!

Next Post

Ryan Hurst Dipilih Sebagai Kratos Dalam Siri Aksi Langsung ‘God of War’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Ryan Hurst Dipilih Sebagai Kratos Dalam Siri Aksi Langsung ‘God of War’

Ryan Hurst Dipilih Sebagai Kratos Dalam Siri Aksi Langsung 'God of War'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd