Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu MY HERO ACADEMIA: All’s Justice – Bukan Sekadar Button-Mashing, Combat Lebih Bersifat Dinamik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 12, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, PC, Preview, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu MY HERO ACADEMIA: All’s Justice – Bukan Sekadar Button-Mashing, Combat Lebih Bersifat Dinamik!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kami berpeluang untuk mencuba MY HERO ACADEMIA: All’s Justice selama lebih kurang empat jam setengah melalui PC (platform Steam) di dalam satu sesi media khas.

Versi pratonton tersebut mengandungi mod Story Mission, Team-Up Mission, beberapa bab dari Hero’s Diary, serta mod Free Battle melawan CPU yang membolehkan kami menggunakan kesemua watak dan arena yang ada.

Walaupun ia bukanlah versi penuh, sesi ini memberikan pemahaman tentang cara MY HERO ACADEMIA: All’s Justice menguruskan sistem combat, penceritaan, dan wataknya.

Walaupun pada mulanya tidak meletakkan harapan yang tinggi, game ini ternyata lebih mengasyikkan daripada yang saya duga, terutamanya dari segi penambahbaikan yang dibawanya kepada formula genre arena fighter dan penekanannya terhadap mekanik berasaskan pasukan. Berikut adalah ulasan awal saya.

Pertembungan Antara Hero dan Villain

MY HERO ACADEMIA: All’s Justice merupakan sebuah 3v3 arena fighteryang dihasilkan oleh Byking Inc. dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment Inc. Game ini membawa pemain ke dunia My Hero Academia, dengan pertarungan epik antara wira dan penjahat yang berpusat pada penggunaan Quirk.

Mod Story menyajikan babak-babak utama daripada arc paling klimaks siri anime ini melalui sinematik 3D yang lengkap dengan alih suara. Kualiti visual babak-babak ini agak mengagumkan; model watak terperinci, animasi yang hidup, serta sistem pencahayaan dinamik berjaya menjadikan dunianya kelihatan menawan.

Paparan ini turut memberikan sudut pandang baharu, walaupun kepada peminat tegar siri animenya. Combat dalam mod Story ini juga memerlukan pemain merangka strategi penggunaan Quirk dan pemilihan ahli pasukan, menjadikan setiap pertarungan lebih bertujuan dan tidak terasa membosankan.

Misi-misi yang saya mainkan lebih memfokuskan kepada watak Bakugo berbanding protagonis utama, Izuku Midoriya, namun babak-babak tersebut disampaikan dengan penuh impak dan seronok untuk disaksikan.

Bekerjasama dalam Team-Up Mission

Dalam mod Team-Up Mission, pemain dibawa ke kawasan bandar yang membolehkan mereka bergerak bebas untuk meneroka sambil menyelesaikan tugasan bersama rakan-rakan sekutu dari Kelas 1-A.

Walaupun persekitaran peta tersebut kelihatan agak ringkas, ia menyediakan satu kawasan yang sesuai untuk menguji kemahiran bertarung, menukar watak, dan mencuba pelbagai strategi berpasukan.

Paparan sinematik dalam misi ini tidaklah secanggih mod Story, namun misi-misi memberi peluang kepada kami untuk mengkaji pelbagai Quirk dan elemen taktikal yang ditawarkan oleh MY HERO ACADEMIA: All’s Justice. Ini satu mod yang berbaloi untuk dicuba, walaupun anda tidak begitu meminati aspek penceritaan.

Sistem Combat Quirk

Sistem combat dalam MY HERO ACADEMIA: All’s Justice ternyata lebih rumit daripada sangkaan awal. Ada butang yang turut berfungsi sebagai air dash, manakala butang block boleh digunakan untuk mengelak serangan jika ditekan semasa bertahan (satu mekanik yang memerlukan sedikit latihan untuk dikuasai).

Setiap watak dibekalkan dengan dua butang kemahiran untuk menggunakan Quirk, yang mana sesetengah daripadanya akan menghasilkan serangan berbeza bergantung kepada input arah atau tempoh butang itu ditekan.

Oleh kerana penjelasan bagi sesetengah Quirk agak kurang jelas, agak penting untuk pemain meluangkan masa memahami set gerakan setiap watak sebelum memulakan pertarungan.

Mekanik yang dinamakan “Rising” pula akan meningkatkan kuasa serangan, kelajuan pergerakan, dan tahap keberkesanan Quirk untuk seketika, dan ia memerlukan ketepatan masa untuk diaktifkan. Pemain juga boleh melancarkan serangan yang tidak dapat ditangkis serta serangan balas, yang menambahkan lagi dimensi kepada gameplay.

Menggabungkan serangan Quirk untuk menghasilkan combo terasa memuaskan, manakala elemen pertahanan seperti parry, dodge, dan menyerang balas memberikan cukup kerumitan kepada gameplay tanpa menyukarkan pemain baharu.

Menguji Barisan Watak di Free Battle

Mod Free Battle dalam MY HERO ACADEMIA: All’s Justice menyediakan platform yang terus-terang untuk pemain terjun ke dalam aksi.

Pemain hanya perlu memilih tiga watak daripada senarai yang ada, menentukan kawalan sama ada secara manual atau automatik (di mana mod auto akan membantu melaksanakan gerakan dengan lebih mudah), dan seterusnya memilih arena pertarungan.

Selebihnya, mod ini berfungsi sama seperti game arena fighter yang lain, membolehkan kita bebas bereksperimen dengan pelbagai watak dan gabungan Quirk. Barisan watak yang ditawarkan adalah sangat ramai dan bervariasi, namun seperti biasa, akan ada watak yang terasa lebih kuat atau lemah berbanding yang lain.

Ini menambahkan satu lagi elemen yang perlu dipertimbangkan semasa membina pasukan.

Lihat sisi Kehidupan Watak dalam Hero’s Diary

Bab-bab dalam mod Hero’s Diary memaparkan sisi lain kehidupan harian setiap watak secara individu. Segmen-segmen yang memaparkan Minoru Mineta, Eijiro Kirishima, dan Mina Ashido ternyata menghiburkan kerana ia menonjolkan keperibadian dan rutin mereka di luar aktiviti hero.

Bab-bab ini menjadi pelengkap yang baik kepada mod Story dan Team-Up Missions, sambil menambahkan elemen penghayatan watak yang lebih bersifat peribadi.

Aspek Visual dan Prestasi

Secara keseluruhan, visual game ini sangat memuaskan sepanjang sesi percubaan saya. Paparan sinematik dalam mod Story amat berkualiti tinggi, lengkap dengan lakonan suara, dan kelihatan kemas. Sementara itu, segmen dalam Team-Up Missions dan Hero’s Diary pula dipersembahkan secara lebih ringkas tetapi masih boleh diterima.

Perbezaan kualiti visual antara mod Story dan mod-mod lain tidak sedikit pun mencacatkan pengalaman bermain. Malah, kualiti lakonan suara yang mantap berjaya meningkatkan lagi tahap penghayatan dalam setiap mod permainan.

Pendapat Setakat Ini…

MY HERO ACADEMIA: All’s Justice masih mempunyai beberapa aspek yang boleh diperbaiki, seperti beberapa mekanik yang kurang jelas dan kualiti animasi yang lebih ringkas di luar mod cerita utama.

Tanpa akses kepada mod dalam talian atau keseluruhan kempen permainan, agak sukar untuk memberikan penilaian penuh terhadap keseimbangan watak atau prestasi teknikalnya. Namun begitu, berdasarkan pengalaman awal ini, game ini nampaknya berjaya mencari keseimbangan yang baik antara aksi dan elemen strategi.

Peminat siri anime ini pastinya akan gembira dengan adaptasi arc Final War yang begitu setia, manakala penggemar genre arena fighter pula akan dapat menikmati sistem combat yang berlapis, sinergi pasukan, dan combo yang dinamik.

Jika digilap dengan lebih lanjut, MY HERO ACADEMIA: All’s Justice berpotensi untuk menjadi salah satu adaptasi game terbaik untuk siri ini, dengan menawarkan pengalaman yang menarik dan mudah didekati, baik untuk pemain baharu mahupun peminat setia.

Game ini akan dilancarkan pada 5 Februari 2026, di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: My Hero Academia: All’s Justicepreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Sambut Ulang Tahun Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS Dengan Ganjaran Epik & Red-Eyes Dark Dragoon!

Next Post

One-Punch Man: World Bakal Dihentikan, Server Ditutup Pada 27 Februari 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
One-Punch Man: World Bakal Dihentikan, Server Ditutup Pada 27 Februari 2026

One-Punch Man: World Bakal Dihentikan, Server Ditutup Pada 27 Februari 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd