Fighting game free-to-play daripada Riot Games, 2XKO, secara rasminya bakal menamatkan fasa Early Access dengan pelancaran penuh di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC pada 20 Januari 2026.
Pengumuman ini didedahkan melalui sebuah trailer baharu yang sempat disiarkan kepada umum sebelum dijadikan peribadi oleh pembangunnya. Pelancaran penuh akan memperkenalkan judul ini kepada para pemain konsol buat pertama kalinya.
I guess Riot didn’t mean to release the trailer early, but 2XKO will launch on PS5 & XSX|S on January 20th.
— Nabil Mehari (@neoxon.bsky.social) December 31, 2025 at 2:58 AM
[image or embed]
2XKO, yang mula boleh diakses oleh pemain PC melalui fasa Early Access pada 7 Oktober 2025, merupakan sebuah fighting game tag-team 2v2 yang mengambil tempat dalam alam semesta League of Legends yang cukup dikenali.
Game ini memberi pilihan kepada pemain untuk mengawal dua champion secara serentak ataupun berganding bahu bersama seorang rakan bagi menghadapi pihak lawan.
Hopefully this works better without any random notifications, but here's the actual trailer for 2XKO's console launch.
— Nabil Mehari (@neoxon.bsky.social) December 31, 2025 at 5:58 AM
[image or embed]
Dihasilkan oleh pembangun di sebalik League of Legends dan VALORANT, 2XKO bermatlamat untuk memberi kelainan dalam genre fighting game. Salah satu ciri utamanya adalah sistem “Fuses,” yang memperkenalkan gameplay modifier yang berupaya mengubah strategi sesebuah pasukan dalam setiap perlawanan.
Game ini turut menampilkan senarai watak ikonik daripada League of Legends, dengan set gerakan mereka direka semula khas untuk disesuaikan dengan genre fighting game.

Pelbagai mod permainan akan ditawarkan, termasuk lobi ranked, casual, dan peribadi, yang kesemuanya boleh diakses menerusi UI arked maya.
Riot Games juga memberi penekanan terhadap komitmen mereka untuk menyediakan pengalaman dalam talian yang lancar dengan mengintegrasikan teknologi rollback netcode serta sistem anti-cheat bagi menjamin sesi permainan yang adil dan bebas daripada lag.

Senarai watak awal yang boleh dimainkan semasa pelancaran penuh dijangka terdiri daripada champion seperti Ahri, Blitzcrank, Braum, Darius, Ekko, Illaoi, Jinx, Teemo, Vi, Warwick, dan Yasuo.
Riot Games turut menyatakan hasrat untuk memberikan sokongan jangka panjang kepada 2XKO dengan memperkenalkan lebih ramai watak pada masa akan datang. Game ini boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma, dengan hasil pendapatan dijana melalui penjualan item dalam game seperti barangan kosmetik dan battle pass.









Discussion about this post