Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sword and Fairy 4 Diberi Nafas Baharu Dengan ‘Remake’ Moden; Kali Pertama Disediakan Untuk Pasaran Global

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2025
in Artikel, Berita, PC, Remake, RPG, Turn-Based
0 0
0
Sword and Fairy 4 Diberi Nafas Baharu Dengan ‘Remake’ Moden; Kali Pertama Disediakan Untuk Pasaran Global
Share on FacebookShare on Twitter

CubeGame bersama pembangun UP software telah secara rasminya mendedahkan trailer sulung bagi “Sword and Fairy 4: Remake“.

Projek ini merupakan usaha pembangunan semula bagi game keluaran tahun 2007 tersebut, yang kini dibuat menggunakan Unreal Engine 5, bagi menyajikan pengalaman untuk generasi pemain masa kini.

Melalui trailer, ia jelas memaparkan peningkatan grafik. Ini termasuklah butiran model watak yang lebih teliti, rekaan persekitaran yang lebih hidup, serta penggunaan kesan khas, sekali gus menghidupkan dunia Sword and Fairy 4 dalam cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk Sword and Fairy 4: Remake masih belum ditetapkan. Walau bagaimanapun, pengeluarannya untuk platform PC telah disahkan, dengan kemungkinan ia turut akan dilancarkan untuk versi konsol.

Game ini akan mengekalkan format asal sebagai sebuah single-player RPG, yang memberikan penekanan kepada naratif.

Bagi yang tidak mengenali siri ini, “Sword and Fairy” merupakan salah satu francais RPG dari China yang paling ikonik dan diminati ramai. Versi asal “Sword and Fairy 4”, yang dibangunkan oleh Softstar Entertainment, sering kali dianggap sebagai antara yang terbaik dalam siri ini.

Jalan ceritanya berkisar tentang pengembaraan seorang pemuda bernama Yun Tianhe, yang dibesarkan di gunung yang terpencil. Kehidupannya mula berubah setelah dia bertemu dengan Han Lingsha, seorang anggota dari puak perompak makam.

Pertemuan ini membawanya dalam perjalanan untuk merungkai misteri silam kedua ibu bapanya dan seterusnya menjadi seorang pahlawan pedang yang handal. Pengembaraan mereka turut disertai oleh Liu Mengli yang lemah-lembut dan Murong Ziying, seorang pendekar pedang yang mahir.

Meskipun mempunyai populariti yang tinggi, versi asal “Sword and Fairy 4” tidak pernah dilancarkan secara rasmi dengan terjemahan Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan ia sukar diakses oleh pemain di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, game versi asal di platform Steam hanya tersedia dalam Bahasa Cina.

Oleh itu, ramai peminat antarabangsa yang menaruh harapan tinggi agar versi ‘remake’ ini akan disertakan dengan terjemahan Bahasa Inggeris yang lengkap.

Pihak pembangun memaklumkan bahawa ‘remake’ ini akan memperkenalkan sistem combat turn-based yang telah dimodenkan. Matlamatnya adalah untuk mengekalkan elemen dari versi asal, tetapi pada masa yang sama, mempersembahkannya dengan gaya yang lebih segar dan setanding dengan JRPG moden.

Tags: RemakeSword and Fairy 4
ShareTweetSend
Previous Post

Kyoto Animation Umum Anime “RuriDragon,” Kali Pertama Mereka Usahakan Karya Shonen Jump!

Next Post

‘Dataminer’ Jumpa Bukti Monster Hunter Wilds Untuk Nintendo Switch 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
‘Dataminer’ Jumpa Bukti Monster Hunter Wilds Untuk Nintendo Switch 2!

'Dataminer' Jumpa Bukti Monster Hunter Wilds Untuk Nintendo Switch 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd