Capcom akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk game terbaharu mereka, PRAGMATA. Merupakan sebuah game aksi sci-fi misteri berkonsepkan ‘hacking’, ia akan dilancarkan pada 24 April 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Didedahkan di The Game Awards 2025, Capcom juga mengumumkan bahawa game ini akan turut tersedia untuk konsol Nintendo Switch 2. Pra-tempah kini dibuka untuk game tersebut.
Pemain PC boleh mengalami game ini dengan segera, kerana demo percuma kini boleh didapati di Steam. Demo untuk pemain konsol pula dirancang untuk dikeluarkan pada tarikh akan datang.
PRAGMATA berlatarkan sebuah fasiliti penyelidikan bulan pada masa hadapan. Pemain akan mengawal watak Hugh Williams, seorang angkasawan yang terpisah daripada pasukannya selepas berlaku “gempa bulan”. Dia diselamatkan oleh seorang gadis android misteri bernama Diana. Pasangan ini mesti bekerjasama untuk melepaskan diri dari stesen bulan yang kini dikawal oleh AI yang ganas dan tenteranya yang terdiri daripada bot-bot yang mengamuk, untuk kembali ke Bumi.

Mekanik gameplay berkisar pada gabungan third-person shooter, penggodaman dan penyelesaian teka-teki. Combat memerlukan sinergi antara kedua-dua protagonis. Pemain akan menggunakan kebolehan Diana untuk menggodam musuh-musuh robotik stesen dalam masa nyata, menyelesaikan antara muka seakan teka-teki untuk melumpuhkan pertahanan mereka dan mendedahkan titik kelemahan mereka. Sebaik sahaja perisai musuh ditembusi, Hugh boleh menggunakan pelbagai senjata untuk menumpaskan mereka. Sistem combat dinamik ini mencabar pemain untuk berfikir dengan pantas, mengelak serangan sambil melakukan godaman yang tepat pada masanya. Kerjasama ini diperluaskan kepada penerokaan, di mana sut milik Hugh membolehkan penjelajahan dan kemahiran menggodam Diana membuka laluan baharu melalui stesen bulan yang terbiar itu.
Demo PC yang baru dikeluarkan, bertajuk “Sketchbook,” membolehkan pemain mencuba sistem combat unik ini, di samping merasai sendiri pengalaman meneroka stesen penyelidikan bulan tersebut. Capcom turut menyatakan bahawa beberapa ciri dalam game mungkin berbeza daripada versi penuh permainan itu nanti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.









Discussion about this post