Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Star Wars: Fate of the Old Republic Diumumkan, Pengganti Spiritual Kepada KOTOR

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, RPG
0 0
0
Star Wars: Fate of the Old Republic Diumumkan, Pengganti Spiritual Kepada KOTOR
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini kami dikejutkan dengan pengumuman Star Wars: Fate of the Old Republic, sebuah RPG aksi naratif singleplayer baharu. Game ini sedang dibangunkan oleh Arcanaut Studios yang baru ditubuhkan, dengan kerjasama Lucasfilm Games. Penerajunya ialah nama yang tidak asing lagi bagi peminat RPG epik: Casey Hudson, minda kreatif di sebalik trilogi Mass Effect dan pengarah game asal Star Wars: Knights of the Old Republic.

Pengumuman ini dibuat di The Game Awards 2025 dan mengesahkan bahawa game ini sedang dalam pembangunan untuk PC dan konsol yang belum dinyatakan, manakala tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Star Wars: Fate of the Old Republic disebut-sebut sebagai pengganti spiritual kepada Knights of the Old Republic (KOTOR) yang mendapat pujian ramai. Arcanaut Studios dan Lucasfilm Games menekankan bahawa walaupun ia mengikut jejak KOTOR, ia akan menampilkan sebuah kisah yang serba baharu dan bebas dengan barisan watak yang segar. Game ini bertujuan untuk menggabungkan naratif inovatif dengan watak-watak yang tidak dapat dilupakan dan combat yang sengit, menjanjikan pengalaman di mana setiap keputusan membentuk perjalanan pemain ke arah sisi cahaya atau gelap “the Force”.

Pengumuman rasmi daripada Arcanaut Studios menggambarkan sebuah “saga interaktif epik merentasi galaksi di ambang kelahiran semula.” Para pemain akan memegang watak sebagai pengguna “Force”, dan pilihan mereka akan memberi impak yang besar kepada naratif.

Memandangkan pembangunan masih di peringkat awal, butiran lanjut mengenai mekanik gameplay, latar masa yang spesifik dalam era Old Republic, dan jangkaan waktu pelancaran dijangka akan didedahkan dalam beberapa bulan akan datang.

Tags: Star Wars: Fate of the Old Republic
ShareTweetSend
Previous Post

PRAGMATA Akan Dilancarkan 24 April 2026, Demo PC Kini Tersedia!

Next Post

Larian Studios Umumkan ‘Divinity,’ RPG Baharu yang Dijangka Mengatasi Baldur’s Gate 3

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Larian Studios Umumkan ‘Divinity,’ RPG Baharu yang Dijangka Mengatasi Baldur’s Gate 3

Larian Studios Umumkan 'Divinity,' RPG Baharu yang Dijangka Mengatasi Baldur's Gate 3

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd