Dunia percintaan alam persekolahan yang kelihatan suci dan naif boleh berubah menjadi sesuatu yang kelam dan anda boleh mengalaminya dengan pelancaran rasmi Doki Doki Literature Club untuk peranti mobile iOS dan Android. Serenity Forge bersama pembangunnya, Team Salvato, telah mengumumkan bahawa game seram psikologi yang menjadi fenomena itu, kini boleh diakses oleh semua secara percuma.
Dalam game ini, anda akan memegang watak sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa menyertai Kelab Sastera demi mencari pasangan. Sambil menulis puisi dan menentukan pilihan, anda akan berpeluang untuk mengenali keempat-empat ahli kelab tersebut: Sayori, Natsuki, Yuri, serta presiden kelab, Monika. Namun, apa yang pada mulanya kelihatan seperti sebuah simulasi janji temu yang biasa, akhirnya berkembang menjadi sebuah pengembaraan seram psikologi, dengan naratif yang melangkaui batasan skrin dan meninggalkan impak yang tidak dapat dilupakan.

Bagi peminat yang berhasrat untuk menyelami dunia Doki Doki Literature Club dengan lebih mendalam, kandungan tambahan daripada edisi Doki Doki Literature Club Plus kini ditawarkan sebagai satu pembelian dalam aplikasi berharga RM 43.99. Kandungan premium ini merangkumi:
- Kisah-kisah sampingan baharu selama berjam-jam yang mendalami lagi jalinan hubungan antara watak-watak.
- Lebih daripada 100 koleksi gambar yang boleh diakses, termasuk karya seni dan lakaran konsep yang tidak pernah dilihat sebelum ini, yang kesemuanya boleh dijadikan hiasan latar peranti anda.
- Koleksi runut bunyi penuh daripada kedua-dua game asal serta edisi Plus, yang turut menyokong fungsi main balik muzik di latar belakang.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman di peranti mobile, satu koleksi eksklusif, Doki Doki Literature Club — Mobile Accessories Bundle, boleh didapati dengan harga $39.99 (anggaran 164.24) di laman Serenity Forge. Koleksi ini mengandungi sebuah pemegang telefon akrilik bertemakan Monika, kantung telefon pelekat, lima keping kad foto lutsinar, serta sehelai kain mikrofiber.
Untuk muat turun, sila pergi ke laman web rasmi.









Discussion about this post