SEGA bersama pembangun CyberConnect2 secara rasminya telah mengumumkan bahawa DLC terbaharu untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 sudahpun tersedia. Para pemain kini diberi pilihan untuk mendapatkan “Zenitsu Agatsuma (Infinity Castle) Character Pack,” yang menampilkan versi terkini watak Thunder Breathing itu untuk dimainkan dalam Mod Versus.
Zenitsu yang diperkenalkan kali ini diinspirasikan daripada kemunculannya sewaktu babak penting “Infinity Castle” yang dipaparkan dalam siri manga dan anime.
Pek watak ini bukan sahaja membolehkan pemain menggunakan watak tersebut, malah ia turut didatangkan dengan pelbagai kandungan tambahan eksklusif bertemakan watak itu, termasuklah gambar profil baharu serta koleksi petikan dialog dan hiasan dalam game. Kandungan tambahan ini tersedia untuk dibeli secara berasingan.

Bagi peminat setia siri ini, watak Zenitsu (Infinity Castle) turut ditawarkan menerusi “Infinity Castle – Part 1 Character Pass”. Pas ini akan memberikan akses kepada tujuh watak tambahan yang akan diperkenalkan secara berperingkat. Watak pertama yang telah pun diperkenalkan melalui pas ini ialah Kaigaku, demon Upper-Rank 6.
Watak-watak lain yang turut dijadualkan untuk menyusul termasuklah Tanjiro Kamado, Giyu Tomioka, dan Shinobu Kocho dalam versi “Infinity Castle”, serta demon Upper-Rank 2, Doma.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 kini boleh didapati di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan juga PC melalui Steam.









Discussion about this post