HomeBois BSE telah mengukuhkan status mereka sebagai sebuah dinasti global, selepas berjaya mempertahankan gelaran mereka untuk menjadi juara Honor of Kings International Championship (KIC) 2025 dalam satu persembahan Grand Final yang cukup dominan.
Dalam aksi Grand Final sesama wakil Malaysia yang berlangsung di Ayala Malls Manila Bay, juara bertahan itu menyajikan persembahan hebat dari segi kemahiran dan strategi, melakar kemenangan 4–0 dengan menewaskan pencabar hebat mereka, Nova Esports. Kemenangan ini bukan sahaja mengesahkan gelaran juara dunia dua kali berturut-turut untuk organisasi itu, malah melengkapkan perjalanan kejohanan yang luar biasa di mana Malaysia berjaya membolot keseluruhan podium.
Walaupun ramai menjangkakan perlawanan ulangan yang sengit selepas aksi 4-1 di Upper Bracket Final semalam, HomeBois BSE tidak memberi sebarang ruang keraguan. Sejak perlawanan pertama, mereka mempamerkan kemahrian, mendominasi pertarungan berpasukan dan mengawal objektif untuk menumpaskan Nova Esports, sekali gus membuktikan mereka berada di kelas tersendiri.
Melengkapkan kejohanan ini, anugerah Finals MVP (FMVP) telah dianugerahkan kepada GuiYu dari HomeBois BSE. Barisan pemain yang menjulang piala kejuaraan termasuklah:
- GuiYu (FMVP)
- MusangKing
- ZhiHong
- VV
- Zhe

Sebagai juara, HomeBois BSE, bersama-sama Nova Esports dan Alpha Gaming, turut mengesahkan tempat mereka dalam kejohanan berprestij Honor of Kings Challenger Cup 2025, di mana mereka akan terus membawa cabaran dari Malaysia.









Discussion about this post