Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Figura Luffy Dalam Jersi NBA Bakal Dilancarkan Hasil Kerjasama ONE PIECE × NBA

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Kolaborasi
0 0
0
Figura Luffy Dalam Jersi NBA Bakal Dilancarkan Hasil Kerjasama ONE PIECE × NBA
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAI SPIRITS telah secara rasmi mengumumkan sebuah kerjasama besar antara siri anime terkenal di seluruh dunia, “ONE PIECE“, dan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA).

Kolaborasi ini menggabungkan dunia animasi dan sukan, di mana produk pertama merupakan sebuah figura dinamik Monkey D. Luffy dalam uniform NBA, yang dijadualkan untuk pelancaran pada Disember 2025.

Item sulung yang bertajuk “ONE PIECE × NBA MASTER STARS PIECE THE MONKEY.D.LUFFY,” akan mula dijual pada 5 Disember 2025, di ONE PIECE BASE SHOP di Shinjuku, Tokyo.

Bagi peminat di seluruh Asia, figura ini akan tersedia untuk pra-pesanan bermula Disember 2025 di Malaysia melalui Kedai Rasmi Shopee Bandai Namco Asia, “PREMIUM BANDAI ASIA.”

Figura pertama dalam siri ini menangkap aksi bertenaga Luffy sedang melakukan dunk sambil memakai uniform pasukan NBA. Figura ini akan tersedia dalam enam versi berbeza, menampilkan uniform pasukan Los Angeles Lakers, Chicago Bulls, Golden State Warriors, Boston Celtics, New York Knicks, dan Memphis Grizzlies.

Setiap figura mempunyai ketinggian kira-kira 17cm dan akan dijual pada harga 9,900 yen (termasuk cukai) di Jepun.

Kerjasama ini tidak terhenti dengan figura Luffy sahaja. Satu barisan mainan “ONE PIECE × NBA CHOPPER’s PLUSH” dijadualkan untuk pelancaran pada Mac 2026. Patung-patung comel setinggi 18cm ini akan menampilkan watak Chopper yang memakai uniform enam pasukan NBA yang sama.

Selain itu, satu siri figura koleksi bertajuk “LUFFYʼs ONE PIECE×NBA -Uniform Icon Edition” akan dikeluarkan oleh TAMASHII NATIONS. Figura setinggi 8.6cm ini akan menampilkan reka bentuk berdasarkan uniform 10 pasukan NBA yang berbeza dan akan dijual dalam format kotak tertutup.

Butiran lanjut mengenai tarikh pelancaran dan harga masih belum diumumkan. Sebuah produk keluaran S.H.Figuarts di bawah jenama TAMASHII NATIONS juga telah disahkan.

Tags: NBAone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu One Piece: Pirate Warriors 4 – DLC “Future Island Egghead Pack” & Pembaharuan Pada Konsol Next-Gen

Next Post

Pemilik Digital Siri Yakuza Layak Terima Naik Taraf Berdiskaun Ke PS5 & Xbox Series!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pemilik Digital Siri Yakuza Layak Terima Naik Taraf Berdiskaun Ke PS5 & Xbox Series!

Pemilik Digital Siri Yakuza Layak Terima Naik Taraf Berdiskaun Ke PS5 & Xbox Series!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd