Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SIMS 4 kembali ke sekolah bersama Discover University Expansion Pack! Jangan gagal!

Tunjuk sikit semangat sekolah kamu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 23, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
SIMS 4 kembali ke sekolah bersama Discover University Expansion Pack! Jangan gagal!
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts Inc. (EA) dan Maxis mengumumkan bahawa expansion pack The Sims 4: Discover University akan datang ke PC dan Mac pada 15 November 2019 dan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada 17 Disember 2019. Expansion Pack yang dinanti-nantikan ini memperkenalkan babak baru untuk Sims di mana mereka boleh mendaftar di sekolah impian mereka dan belajar dalam bidang kejuruteraan, pendidikan atau undang-undang, menghiasi bilik asrama untuk merasa seperti di rumah sendiri, melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan mencipta kenangan baru dengan rakan-rakan.

The Sims 4 Discover University memperkenalkan dunia baru, Britechester dan dua sekolah unik untuk Sims melanjutkan pendidikan tinggi mereka iaitu: Universiti bersejarah Britechester untuk jurusan seni dan kemanusiaan, dan Institut moden Foxbury untuk kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Kedua-dua kampus menawarkan pelbagai pengalaman baru yang menyediakan Sims ke dunia sebenar dengan kerjaya baru dalam pendidikan, undang-undang dan kejuruteraan, serta membantu mereka berkembang dalam kerjaya sedia ada. Pemain boleh memilih cara Sims menjalani kehidupan di kolej, berapa kerap mereka menghadiri kelas dan belajar untuk kekalkan prestasi mereka atau memilih untuk memonteng kelas dan lepak bersama rakan-rakan.

Expansion ini juga memperkenalkan aktiviti dan item baru untuk membantu kehidupan Sims sebagai pelajar. Sims boleh mengadakan sesi belajar di perpustakaan atau berehat dan bergaul bersama rakan-rakan baru di ruang istirehat, bermain juice pong, menjelajah kampus dengan basikal atau prank sekolah lain. Sims juga boleh menyertai organisasi sekolah seperti robotik, debat, seni, atau mysterious secret society, dan menonjol semangat sekolah mereka di majlis-majlis khas. Pemain boleh menyesuaikan tempat tinggal baru Sims mereka, sama ada mereka tinggal di asrama atau luar kampus, dengan hiasan baru seperti poster atau peti sejuk mini dan mengubah ruang menjadi syurga peribadi sendiri. Sims juga boleh membentukkan gaya peribadi mereka dengan pakaian baru yang diilhamkan oleh trend terbaru.

Ketika Sims memulakan babak baru dalam kehidupan mereka di The Sims 4 Discover University, mereka akan belajar banyak di dalam dan di luar bilik. Sama ada mereka study hard atau play hard, Sims akan menemui pengalaman yang bantu membentukkan mereka menjadi apa yang mereka mahu menjadi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: eaExpansion PackmaxisPCPlayStation 4The Sims 4: Discover UniversityXbox One
Previous Post

Menangi Sepasang Tiket percuma menyaksikan Konsert Video Game Orchestra (VGO) di Level up KL 2019 , 9 November ini!

Next Post

Peminat WWE diseru!! WWE 2K20 kini boleh didapati untuk platform PC dan Konsol!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Peminat WWE diseru!! WWE 2K20 kini boleh didapati untuk platform PC dan Konsol!

Peminat WWE diseru!! WWE 2K20 kini boleh didapati untuk platform PC dan Konsol!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd