Musim beli-belah sempena percutian kini bermula untuk para pemain, serentak dengan pelancaran promosi Black Friday oleh PlayStation. Bermula hari ini, 21 November, para pemain boleh menikmati diskaun hebat untuk ratusan game digital dan langganan PlayStation Plus.
Tarikan promosi ini ialah jualan besar-besaran di PlayStation Store, dengan diskaun sehingga 75% untuk pelbagai game digital PS5 dan PS4. Antara game yang ditawarkan pada harga diskaun termasuklah judul-judul popular yang baru dilancarkan seperti ASTRO BOT, Stellar Blade, dan Assassin’s Creed Shadows.
Jualan ini juga menampilkan diskaun untuk game sukan seperti EA SPORTS FC 26 dan NBA 2K26, serta game pengembaraan blockbuster termasuk DEATH STRANDING 2: ON THE BEACH, Borderlands 4, SILENT HILL f, dan Lost Soul Aside.

Selain diskaun game, jualan Black Friday juga merangkumi langganan PlayStation Plus. Pelanggan baharu boleh berjimat sehingga 33% untuk pelan keahlian 12 bulan. Sebagai contoh, langganan 12 bulan yang pada asalnya berharga RM 575.00, kini boleh didapati pada harga RM 385.25. Tawaran ini akan berakhir pada 5 Disember 2025.
Ahli PlayStation Plus sedia ada juga berpeluang untuk berjimat. Mereka yang ingin menaik taraf pengalaman gaming mereka boleh menerima diskaun 33% untuk baki tempoh keahlian mereka apabila menaik taraf daripada pelan PlayStation Plus Essential atau Extra ke pelan tertinggi, PlayStation Plus Deluxe.

Perkhidmatan PlayStation Plus memberikan nilai yang hebat, dengan menawarkan akses kepada mod online multiplayer, diskaun eksklusif, dan perpustakaan game yang luas dalam peringkat Extra dan Deluxe. Katalog game ini merangkumi judul-judul terkenal seperti The Last of Us Part II, Cyberpunk 2077, Mortal Kombat 1, dan Hogwarts Legacy.
Para pemain boleh meneroka semua tawaran yang ada dan membuat pembelian terus melalui PlayStation Store di konsol mereka atau melalui laman web rasmi PlayStation.









Discussion about this post