Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Raikan 30 Tahun Bersama PlayStation Dengan Barangan Eksklusif Daripada FANTHFUL

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 20, 2025
in Artikel, Berita, Produk
0 0
0
Raikan 30 Tahun Bersama PlayStation Dengan Barangan Eksklusif Daripada FANTHFUL
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan sambutan terhadap barangan bertemakan Ulang Tahun ke-30 PlayStation dan ASTRO BOT pada tahun 2024, FANTHFUL sekali lagi bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment untuk melancarkan koleksi barangan rasmi PlayStation x FANTHFUL.

Pra-pesanan untuk koleksi ini akan berakhir pada 26 November 2025, dengan tarikh pelancaran rasmi pada 6 Februari 2026.

Koleksi terbaharu ini merangkumi pelbagai barangan untuk para peminat mempamerkan minat mereka terhadap jenama PlayStation:

  • Blind Box Lencana Akrilik Tema Perkakasan Gaming PlayStation: Koleksi ini mengubah konsol dan alat kawalan kesayangan PlayStation dari generasi ke generasi kepada 12 lencana akrilik. Set ini termasuk replika mini konsol PS1, PS2, PS3, PS4, dan PS5, serta alat kawalan DualShock, DualShock 2, DualShock 3, DualShock 4, dan DualSense. PSP dan Kad Memori klasik turut melengkapkan koleksi ini.
    • Harga: USD 5.99 (1 keping/blind box) / USD 64.99 (12 keping/blind box)
  • Beg Sandang (Messenger Bag) Tema Ikon Klasik PlayStation: Beg poliester ini menawarkan reka bentuk minimalis dengan butiran. Simbol butang ikonik △○×□ dipaparkan dengan garisan ringkas di bahagian hadapan, manakala bahagian dalam penutupnya mendedahkan corak papan dam yang dipenuhi ikon-ikon klasik PlayStation dengan pelbagai kejutan tersembunyi. Logo rasmi PlayStation turut diletakkan di bahagian bawah, malah penarik zip juga dibentuk seperti butang-butang terkenal itu.
    • Harga: USD 28.99
  • Alas Meja (Deskmat) Tema Perkakasan Gaming PlayStation: Cipta ruang gaming berhaya dengan alas meja yang luas ini. Berlatarbelakangkan warna hitam, reka bentuknya menampilkan “skrol” konsol dan alat kawalan klasik digabungkan dengan empat warna butang ikonik PlayStation.
    • Harga: USD 22.99
  • Payung Tema Retro PlayStation: Sebagai penghormatan kepada 30 tahun yang gemilang, payung ini menampilkan skema warna dari konsol PlayStation yang asal. Kanopi fabrik pongee dihiasi dengan pelbagai elemen reka bentuk retro.
    • Harga: USD 24.99

Untuk maklumat terkini mengenai koleksi PlayStation x FANTHFUL, para peminat digalakkan untuk mengikuti laman web rasmi GSE.

Tags: PlayStation x FANTHFUL
ShareTweetSend
Previous Post

Update “Free Ride” Untuk Mafia: The Old Country Tersedia 21 November!

Next Post

Google Play Umum Senarai Game Terbaik 2025 Di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Next Post
Google Play Umum Senarai Game Terbaik 2025 Di Malaysia

Google Play Umum Senarai Game Terbaik 2025 Di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd