Sony Interactive Entertainment dan pembangun Oh BiBi (terkenal untuk BEAST: Bio Exo Arena Suit Team), telah mengumumkan Ratchet & Clank: Ranger Rumble, sebuah game multiplayer arena shooter free-to-play yang akan membuat pelancaran di kedua-dua iOS dan Android.
Pra-pendaftaran untuk game ini kini dibuka di laman web rasminya.
Entri terbaharu dalam francais terkenal ini membawakan unsur humor dan aksi unik siri tersebut ke dalam format multiplayer masa nyata yang pantas. Pemain berpeluang untuk bermain sebagai wira-wira dari alam semesta Ratchet & Clank, masing-masing dengan abiliti unik.
Game ini menawarkan kedua-dua mod solo dan mod multiplayer dalam talian berasaskan pasukan.

Ranger Rumble akan menampilkan pelbagai mod permainan untuk memastikan aksi sentiasa mengujakan. Antaranya ialah “Total Rumble,” sebuah perlawanan gaya battle royale lapan pemain di mana semua menentang semua, dan hanya seorang sahaja yang boleh muncul sebagai pemenang.
Bagi mereka yang menggemari pertandingan berasaskan pasukan, “Blast Ball” menawarkan mod gaya sukan 3 lawan 3 di mana objektifnya adalah untuk menjaringkan bola ke gawang pasukan lawan.
Selain itu, mod PvPvE yang dipanggil “Bolt Rush” akan mencabar enam pemain untuk mengumpul bolt terbanyak sambil berdepan dengan pemain lawan dan juga halangan persekitaran.

Mengekalkan legasi francais, Ratchet & Clank: Ranger Rumble akan menampilkan lebih 20 senjata dan bahan letupan, termasuk kegemaran peminat seperti Buzz Blades dan Glove of Doom. Pemain akan dapat membuka dan menaik taraf senarai 10 wira unik, setiap satunya dengan abiliti dan ultimate tersendiri.
Lokasi-lokasi ikonik dari siri ini, seperti Megalopolis dan Torren IV, akan menjadi arena untuk game ini.









Discussion about this post