Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Horizon Steel Frontiers” Bawa Dunia Horizon Ke Alam MMORPG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, Open World, PC, RPG
0 0
0
“Horizon Steel Frontiers” Bawa Dunia Horizon Ke Alam MMORPG!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia Horizon akan berkembang ke alam MMO dengan pengumuman Horizon Steel Frontiers.

Penerbit dan pembangun NCSOFT, dalam satu kerjasama dengan Sony Interactive Entertainment, PlayStation Studios, dan pencipta siri asal Guerrilla Games, telah mendedahkan MMORPG baharu ini yang berlatarkan dunia pasca-apokalips yang dipenuhi mesin gergasi.

Game ini dijadualkan untuk pelancaran global di PC melalui platform proprietari NCSOFT, iaitu PURPLE, serta pada peranti iOS dan Android, walaupun tarikh pelancaran spesifik belum diumumkan.

We’re very excited about the latest announcement from our friends at NCSOFT: Horizon Steel Frontiers, a cross-platform MMORPG for Mobile and PC (PURPLE). #HorizonSteelFrontiers pic.twitter.com/XllS6X5RjL

— Guerrilla (@Guerrilla) November 13, 2025

Game ini akan memperkenalkan pemain ke sebuah wilayah baharu yang dikenali sebagai Deadlands, sebuah sempadan liar untuk para pemburu mesin yang diilhamkan oleh landskap Arizona dan New Mexico. Di dalam dunia yang luas ini, ribuan pemain akan wujud bersama, mencipta pengembaraan mereka sendiri.

“Anda akan berkongsi sempadan ini dengan ribuan pemain lain, kadangkala bekerjasama untuk menumpaskan mesin, dan pada masa lain bersaing dengan suku saingan atau berebut sumber,” kata Jan-Bart van Beek, Pengarah Studio di Guerrilla Games.

Horizon Steel Frontiers bermatlamat untuk mengembangkan lagi aksi-memburu yang menjadi ciri khas siri ini sambil memasukkan sistem MMORPG. Sistem combat telah direka bentuk semula untuk pengalaman multiplayer, dengan tumpuan kepada ‘raid’ berskala besar yang memerlukan kerja berpasukan dan perancangan strategik.

Penerbit Eksekutif NCSOFT, Sung-Gu Lee, menjelaskan mekanik combat yang ditambah baik, dengan menyatakan bahawa pemain boleh menyasarkan dan memusnahkan bahagian mesin yang tertentu, kemudian menggunakan Pullcaster untuk memanjat raksasa gergasi itu dengan pantas, memasang perangkap di bahagian yang rosak, dan mengenakan kesan status.

Para pemburu juga boleh mengutip senjata yang dijatuhkan oleh mesin semasa pertarungan dan menggunakannya dalam pertarungan seterusnya.

Ciri utama mana-mana MMORPG ialah kebebasan pemain dan customzation watak. Pemain akan mencipta pemburu mesin unik mereka sendiri, memilih daripada pelbagai suku kaum yang telah wujud dalam dunia Horizon, termasuk Nora, Tenakth, Utaru, dan Oseram. “Dalam Horizon Steel Frontiers, setiap pemain adalah wira,” kata Lee.

“Kami telah memberi perhatian yang teliti terhadap customzation, membolehkan anda mengekspresikan keperibadian sepenuhnya—sehinggalah ke butiran yang terkecil.”

Sistem penciptaan watak ini menjanjikan tahap kebebasan yang tinggi, membolehkan perubahan terperinci pada ciri muka, bentuk badan, rambut, dan solekan. Pemain juga akan dapat berkongsi rekaan watak mereka dengan komuniti.

Tags: Horizon Steel Frontiers
ShareTweetSend
Previous Post

Anime “Death Stranding Isolations” Diumumkan Untuk Tayangan Disney+ Pada 2027

Next Post

Inilah Rupa Palworld Mobile – Ujian Alpha Akan Datang Disember 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Inilah Rupa Palworld Mobile – Ujian Alpha Akan Datang Disember 2025!

Inilah Rupa Palworld Mobile - Ujian Alpha Akan Datang Disember 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd