Sword of Justice, sebuah MMORPG yang baru dikeluarkan oleh NetEase Games dan ZhuRong Studio, menampilkan barisan kelas watak yang unik dan tersendiri.
Lebih dari sekadar rupa dan gaya berlawan, setiap kelas ini menawarkan kelebihan unik, terutamanya bagaimana cara anda mengagihkan mata statistik (stat) yang akan memberi impak besar kepada gemplay dan membantu anda membentuk watak idaman yang sempurna.
Sekiranya masih keliru untuk membuat pilihan, panduan ini akan mengupas setiap kelas (atau “School”) yang ada dalam Sword of Justice bagi membantu anda menemui gaya permainan yang paling serasi.
Nightwaker

Kelas dengan penampilan yang mengagumkan ini merupakan seorang pahlawan DPS (Damage Per Second) yang handal menggunakan pedang, satu pilihan klasik yang dijangka akan memikat ramai pemain baharu. Sword of Justice telah berjaya menjadikan kelas ini sangat menarik, dengan statistik Damage dan Mobility yang tinggi.
Ini menjadikan Nightwaker bukan sahaja berbahaya dalam combat secara berdepan, tetapi juga cukup lincah untuk mengelak serangan musuh dengan pantas.
Nightwaker memiliki ‘burst skill’ yang kuat dan mampu mencederakan ramai musuh serentak, namun kebanyakan serangannya lebih berkesan terhadap sasaran tunggal, menjadikannya pakar dalam pertarungan satu lawan satu.
Akan tetapi, disebabkan tahap pertahanannya yang agak lemah berbanding kelas-kelas lain, anda perlu bijak dalam memilih kedudukan dan memanfaatkan kelincahannya untuk terus bertahan di medan lawan.
Ironclad

Seterusnya adalah Ironclad, sebuah kelas khusus untuk watak lelaki. Berdasarkan penampilannya yang sasa, anda mungkin sudah dapat mengagak kelas ini dibina untuk berperanan sebagai “Tank” atau penyerap damage, didatangkan dengan statistik Defense yang luar biasa tinggi.
Walaupun jarak serangannya adalah antara yang terpendek dalam game, ia bukanlah satu masalah kerana tugas utama Ironclad adalah untuk sentiasa berada di barisan hadapan, berhampiran dengan musuh bagi menarik perhatian mereka daripada disasarkan kepada rakan sepasukan.
Secara keseluruhan, kelas ini mempunyai keseimbangan yang baik. Atribut-atributnya yang lain juga berada pada tahap yang memuaskan, dan gaya pertarungannya juga agak mudah untuk dipelajari, menjadikannya sesuai untuk pemain baharu.
Dengan keupayaan pertahanan dan crowd control yang cemerlang, Ironclad memegang peranan yang amat penting sewaktu penjelajahan dungeon dan raid besar-besaran bersama rakan seperjuangan. Sebagai watak yang boleh diharap, kental, dan penting dalam mana-mana kumpulan, kelas ini sentiasa dihormati di medan lawan.
Bloodstrom

Sekiranya anda berminat dengan kelas DPS tetapi kurang gemar untuk sentiasa menjaga jarak daripada musuh seperti Nightwaker, maka Bloodstrom mungkin adalah pilihan yang lebih kena dengan jiwa anda.
Kelas ini merupakan pahlawan jarak dekat dengan agihan statistik yang lebih seimbang jika dibandingkan dengan Nightwaker; sebahagian mata Damage telah dialihkan kepada Defense, memberikannya daya ketahanan yang lebih tinggi untuk terus hidup.
Tahap mobilitinya juga agak baik, membolehkan anda untuk melakukan gerakan-gerakan tangkas apabila diperlukan, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pertahanan.
Jika dibandingkan dengan dua kelas sebelumnya, Bloodstrom boleh dianggap lebih serba boleh, menawarkan corak permainan fleksibel yang tidak terikat secara ketat kepada peranan kelas tradisional.
Celestune

Celestune memiliki jarak serangan paling jauh berbanding semua kelas lain, membolehkan anda untuk bertarung dengan selamat dari jauh dan mengelak daripada bahaya secara langsung.
Walaupun pada mulanya ia kelihatan agak lemah, tahap Defense sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding Nightwaker, dan ia turut mempunyai Mobility yang hebat. Ini bermakna, walaupun direka untuk combat jarak jauh, Celestune masih mampu mempertahankan diri pada saat-saat genting.
Kepakaran Celestune terletak pada serangan berelemen, yang amat berkesan untuk crowd control dan memberikan debuff kepada musuh dari jauh. Ini menjadikannya pilihan yang ideal bagi pemain yang gemar menyerang secara strategik berbanding bertarung secara bersemuka.
Sylph

Berikutnya ialah Sylph, sebuah kelas khas untuk watak wanita yang memainkan peranan utama sebagai Support. Sama seperti Celestune, anda perlu sentiasa menjaga jarak daripada musuh semasa bermain, namun dari segi Defense, Sylph sebenarnya setanding dengan kelas Bloodstrom.
Walaupun anda boleh menggunakannya untuk bertarung secara terus, fungsi utamanya adalah untuk melindungi dan menguatkan ahli kumpulan dengan menyediakan healing serta pelbagai jenis buff.
Oleh kerana anda perlu sentiasa peka terhadap pelbagai aspek combat selain daripada memberi sokongan kepada pasukan, Sylph dianggap antara kelas yang paling sukar untuk dikuasai. Prestasi anda sebagai seorang Sylph mampu menjadi penentu kejayaan sesuatu misi penjelajahan dungeon dan raid.
Numina

Akhir sekali adalah Numina, sebuah kelas caster yang menjadi pelengkap kepada Celestune tetapi hadir dengan toolkit yang unik, termasuklah kebolehan untuk menyeru makhluk-makhluk bantuan. Kelas ini mempunyai skill rotation yang agak rumit, terutamanya selepas anda membuka lebih banyak skil.
Oleh itu, ia kurang sesuai untuk pemain baharu atau mereka yang tidak biasa dengan genre MMORPG. Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang sanggup meluangkan masa untuk mempelajarinya, Numina mampu menjadi sebuah kuasa yang amat digeruni di medan lawan.
Dengan statistik Damage yang tinggi, jarak serangan yang mengagumkan, serta antara agihan statistik keseluruhan yang paling seimbang dalam kalangan semua kelas, Numina menjanjikan kuasa dan kepelbagaian luar biasa kepada pemain yang mahir.
Sword of Justice kini boleh dimainkan di platform Android, iOS, dan juga PC. Dapatkan maklumat lanjut di laman web rasminya. Anda juga boleh membaca panduan asas dan tips penting kami tentang game ini di SINI.









Discussion about this post