Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selain Steam, Fate Trigger Juga Bakal Tiba Di PS5 Pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 12, 2025
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, PS5, Shooter, Steam
0 0
0
Selain Steam, Fate Trigger Juga Bakal Tiba Di PS5 Pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Saroasis Studios telah mengesahkan dalam acara State of Play bahawa game battle royale mereka yang berkonsepkan anime, Fate Trigger, akan dilancarkan untuk konsol PlayStation 5 (PS5). Pengumuman ini dibuat selepas berita bahawa game ini akan tersedia melalui Early Access di platform Steam mulai suku pertama tahun 2026.

Secara am, Fate Trigger mempersembahkan gabungan antata aksi tembak-menembak taktikal dengan gaya visual anime, sekali gus membawa kelainan kepada genre battle royale. Pemain boleh memilih daripada barisan wira istimewa digelar “Awakeners”, di mana setiap watak mempunyai set abiliti tersendiri.

Sebelum pelancaran fasa Early Access, dua heri baharu akan diperkenalkan, menjadikan jumlah keseluruhan wira seramai 12 orang:

  • Fally: Seorang wira dari kelas Assault yang memiliki abiliti unik untuk mencipta klon. Pemain boleh mengawal Fally dan klonnya serentak, membolehkan pelbagai strategi seperti menyerang hendap, mengelirukan musuh untuk berundur, atau membantu rakan sepasukan. Apabila digabungkan, abiliti “Twin Tactics” miliknya mampu mengubah situasi pertempuran menjadi mimpi ngeri dua-lawan-satu bagi pihak lawan.
  • Tata dan Bibi: Duo hero Defender ini sangat mahir dalam mengawal dan mempertahankan sesuatu kawasan. Mereka boleh meletakkan turet yang mampu melekat pada sebarang permukaan, termasuklah pada kenderaan yang sedang bergerak. Turet ini berfungsi untuk menghalang kemaraan musuh serta melindungi rakan sepasukan daripada serangan objek balingan.

Selain itu, sebuah peta baharu yang dinamakan Pale Blight Outpost akan diperkenalkan. Peta seluas 2km x 2km ini direka khas untuk combat yang pantas dan sengit.

Dengan 13 kawasan bandar yang unik, bangunan-bangunan yang lebih tinggi serta ruang dalaman yang lebih luas, Blightfront memberi pengalaman dan dinamik pertempuran yang berbeza.

Bagi memastikan pengalaman gameplay yang adil dan seimbang, pemain akan diberikan pilihan sama ada untuk bermain secara eksklusif di server konsol PS5 ataupun mengaktifkan fungsi cross-platform untuk bermain bersama pengguna PC di Fate Trigger.

Di samping itu, semua kemajuan permainan seperti tahap akaun, senarai rakan, watak, dan item kosmetik akan diselaraskan secara automatik merentas semua peranti yang digunakan.

Pengalaman gaming di konsol PlayStation juga telah dioptimumkan sepenuhnya. UI dan sistem kawalan telah direka semula agar serasi dengan controller PlayStation. Ini merangkumi susun atur butang yang boleh diubah suai bagi setiap hero, serta sokongan untuk adaptive trigger, haptic feedback, dan gyro aiming.

Tags: Fate Trigger
ShareTweetSend
Previous Post

Dynasty Warriors: Origins “Visions of Four Heroes” DLC – Kisah Baharu Lu Bu, Dong Zhuo & Ramai Lagi!

Next Post

Hadapi Gogmazios Dalam Monster Hunter Wilds Title Update 4 Mulai 16 Disember!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Hadapi Gogmazios Dalam Monster Hunter Wilds Title Update 4 Mulai 16 Disember!

Hadapi Gogmazios Dalam Monster Hunter Wilds Title Update 4 Mulai 16 Disember!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd