Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Minecraft Berkolaborasi Dengan Dragon Ball Z Untuk DLC Penuh Aksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 5, 2025
in Android, Artikel, Berita, DLC, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Minecraft Berkolaborasi Dengan Dragon Ball Z Untuk DLC Penuh Aksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia Minecraft kini digegarkan dengan kehadiran DLC rasmi Dragon Ball Z, yang kini sudah boleh didapati melalui Minecraft Marketplace khusus untuk Edisi Bedrock.

Para peminat siri anime yang diminati ramai ini berpeluang untuk menjadi pahlawan hebat seperti Goku, Vegeta, Piccolo, dan Gohan. DLC ini menampilkan sejumlah 11 watak yang merangkumi wira dan juga penjahat seperti Frieza, Cell, dan Majin Buu. Setiap watak mempunyai set skil dan jurus serangan yang tersendiri.

Para pemain boleh melepaskan serangan ikonik seperti Kamehameha milik Goku, Galick Gun daripada Vegeta, serta mengalahkan lawan dengan serangan Ultimate Final Flash.

Setiap pertarungan akan berlaku di dalam arena-arena terkenal daripada siri tersebut yang telah direka semula. Para pemain boleh berlawan di Cell Games Arena, menerokai persekitaran Planet Namek, serta pelbagai lokasi lain yang pasti dikenali peminat.

Bagi pemain yang mahukan masa rehat daripada pertarungan, mereka juga boleh bersantai di ibu pejabat Capsule Corporation.

Kandungan baharu ini turut menyediakan beberapa mod untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya pemain. Para pahlawan boleh menguji kehebatan mereka dalam kejohanan secara solo, membentuk pasukan untuk pertempuran cooperative, atau menyertai perlawanan besar-besaran 5 lawan 5.

Sebagai satu cabaran tambahan, untuk mendapatkan akses kepada semua watak pahlawan, pemain dikehendaki untuk mengalahkan mereka terlebih dahulu dalam pertarungan, menambahkan satu lagi sistem kemajuan yang menarik.

Sebagai tambahan, DLC ini juga menawarkan satu pek skin yang menampilkan pelbagai watak dari dunia Dragon Ball Z, termasuk Goku, Gohan, Piccolo, Vegeta, Bulma, dan Frieza. Bagi meraikan pelancarannya, pemain boleh menikmati dua barangan percuma istimewa.

Satu pek skin khas disediakan untuk membolehkan pemain menghayati watak-watak pahlawan kegemaran mereka di dalam dunia Minecraft mereka sendiri.

Selain itu, item Scouter Character Creator juga diberikan secara percuma untuk tempoh masa yang terhad, membolehkan pemain memakai alat pengesan ikonik yang sering digunakan oleh Frieza Force. Item Scouter ini boleh didapati secara percuma sehingga 4 Disember 2025, dan selepas tarikh tersebut, ia akan dijual sebagai item berbayar.

Untuk menikmati DLC Dragon Ball Z ini, pemain mestilah memiliki Minecraft: Bedrock Edition yang perlu dibeli secara berasingan. Fungsi multiplayer di konsol pula memerlukan langganan dalam talian yang spesifik kepada platform tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Tags: DLCDragon Ball ZMinecraft
ShareTweetSend
Previous Post

Selamat Tinggal Anime Mingguan! Langkah ‘One Piece’ Ke Format Musim Tetapkan Norma Baharu

Next Post

Jualan Nintendo Switch 2 Melebihi 10 Juta Unit, Konsol Paling Cepat Terjual Dalam Sejarah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Jualan Nintendo Switch 2 Melebihi 10 Juta Unit, Konsol Paling Cepat Terjual Dalam Sejarah

Jualan Nintendo Switch 2 Melebihi 10 Juta Unit, Konsol Paling Cepat Terjual Dalam Sejarah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd