Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tidak Perlu Bayar! Alami Battlefield REDSEC Sekarang, Battle Royale Baharu Untuk PC & Konsol!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2025
in Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Tidak Perlu Bayar! Alami Battlefield REDSEC Sekarang, Battle Royale Baharu Untuk PC & Konsol!
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts telah melancarkan Battlefield REDSEC secara rasmi, sebuah first-person shooter battle royale free-to-play berlatarkan alam semesta ikonik Battlefield.

Kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store, Battlefield REDSEC Battlefield REDSEC tiba bersama Season 1 untuk Battlefield 6, membawakan pelbagai kandungan baharu kepada pengalaman perang habis-habisan.

Pendekatan Baharu untuk Battle Royale

Sorotan kepada Battlefield REDSEC adalah pendekatan baharu tetapi berani untuk genre battle royale, berlatarkan peta “Fort Lyndon” yang luas dan boleh dimusnahkan, iaitu peta terbesar dalam sejarah Battlefield.

Seramai 100 pemain akan terjun ke landskap ini, mencari loot dan terlibat dalam pertempuran berasaskan skuad yang menjadi identiti siri ini.

Game ini menekankan “Tactical Destruction”, yang membolehkan pemain mengubah persekitaran secara strategik untuk mencipta laluan menuju kemenangan atau menggunakan struktur yang runtuh sebagai senjata menentang skuad musuh.

Mod Permainan Baharu: Gauntlet dan Portal

Selain daripada pengalaman asas battle royale, Battlefield REDSEC memperkenalkan “Gauntlet,” sebuah mod penyingkiran berasaskan skuad.

Dalam pertandingan gaya kejohanan ini, lapan pasukan yang terdiri daripada empat pemain akan bersaing dalam misi-misi dinamik berasaskan pusingan, setiap satunya dengan tempoh 5 minit untuk menyelesaikan objektif.

Modifier yang unik dalam setiap pusingan, termasuk lokasi dan misi, menjanjikan cabaran yang sengit dan tidak dapat dijangka.

Tambahan pula, Battlefield Portal diintegrasikan ke dalam REDSEC, menawarkan alatan kepada pemain untuk mencipta dan menemui pengalaman unik mereka sendiri di peta Fort Lyndon secara percuma.

Daripada pertempuran menggunakan tukul besi sahaja hinggalah kepada pertandingan headshot, alatan skrip dan penyesuaian ini membolehkan pelbagai kandungan dijana oleh pemain.

Musim 1: Pelancaran Tiga Fasa

It’s time to drop in πŸͺ‚

Battlefield #REDSEC has landed with #Battlefield6 Season 1!

🏁 Battle Royale
πŸ—ΊοΈ Fort Lyndon
🌾 Blackwell Fields
🧨 Gauntlet
🎯 Strikepoint
πŸ”« Traverse Mark II
🧰 New Gear & Gadgets
πŸš— Vehicle Keycards
βž• Plus more seasonal drops

πŸ”— See what’s new:… pic.twitter.com/5w02NwQ6l9

— Battlefield (@Battlefield) October 28, 2025

Serentak dengan pelancaran REDSEC, Battlefield 6 Season 1 bermula hari ini dengan pelancaran kandungan tiga fasa yang dirancang sepanjang musim cuti.

Fasa pertama, “Rogue Operations,” kini telah dilancarkan dan menampilkan:

  • Peta baharu: “Blackwell Fields,” peta berskala besar berlatarkan kawasan belukar di California Selatan.
  • Mod berbilang pemain baharu: “Strikepoint,” mod empat-lawan-empat yang sengit dengan satu nyawa, bertumpu pada penawanan satu objektif.
  • Tiga senjata baharu: Karbin SOR-300C, pistol GGH-22, dan sniper rifle Mini Scout.

Battle Pass 100-peringkat yang baharu dengan peringkat premium “BF Pro” juga tersedia, menawarkan pelbagai kandungan yang boleh dibuka.

Kandungan bermusim akan diteruskan dengan “California Resistance” pada 18 November, yang akan memperkenalkan peta subbandar baharu di California Selatan bernama “Eastwood” dan mod baharu “Sabotage” di mana pemain mesti memusnahkan seberapa banyak tapak yang mungkin.

Musim ini akan diakhiri dengan “Winter Offensive” pada 9 Disember, yang membawakan kandungan bertema musim cuti istimewa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Battlefield REDSEC
ShareTweetSend
Previous Post

Anime One Piece Akan Berehat Selama 3 Bulan, Kembali Dengan Arc Elbaph Pada April 2026!

Next Post

Steam Scream Fest 2025 Menawarkan Diskaun Terhebat untuk Game-Game Seram!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Steam Scream Fest 2025 Menawarkan Diskaun Terhebat untuk Game-Game Seram!

Steam Scream Fest 2025 Menawarkan Diskaun Terhebat untuk Game-Game Seram!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

Β© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

Β© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd