Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail Version 3.7 Dilancarkan 5 November, Menamatkan Saga Amphoreous

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2025
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG, Turn-Based
0 0
0
Honkai: Star Rail Version 3.7 Dilancarkan 5 November, Menamatkan Saga Amphoreous
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse mengumumkan bahawa Version 3.7 bagi Honkai: Star Rail, akan dilancarkan pada 5 November. Dengan tajuk “As Tomorrow Became Yesterday,” kemas kini ini menjanjikan penamat dramatik kepada saga Amphoreous, memperkenalkan watak 5-starbaharu, Cyrene, mod permainan besar, dan pelbagai acara masa terhad.

Version 3.7 menandakan bab terakhir dalam jalan cerita Amphoreous, di mana para Trailblazer akan menghadapi cabaran terhebat mereka. Selepas mewarisi Titan Coreflames, kru Astral Express kini berganding bahu dengan Chrysos Heirs untuk berdepan dengan “Irontomb”—musuh hebat yang mengancam masa itu sendiri.

Konflik ini telah menarik perhatian pelbagai puak kosmik, dengan kuasa Remembrance mula bergerak ketika nasib alam semesta menjadi taruhan.

Setelah menemani para Trailblazer sepanjang perjalanan mereka, Cyrene akhirnya akan menjadi watak yang boleh dimainkan. Dalam kemas kini ini, dia akan mendedahkan masa lalunya yang lama tersembunyi serta rahsia yang dipegangnya.

Cyrene ialah watak 5-star Ice-Type yang mengikuti Path of Remembrance. Abilitinya direka untuk memperkuat kuasa pasukannya:

  • Sokongan Passive: Apabila berada dalam pasukan, Cyrene meningkatkan DMG yang dihasilkan oleh semua sekutu.
  • Skill: Menggunakan sebuah Zon khas. Semasa aktif, sebarang serangan sekutu terhadap musuh akan mencetuskan True DMG tambahan.
  • Ultimate: Selepas mengumpul stacj “Recollection” daripada tindakan rakan sepasukan, Cyrene boleh melancarkan Ultimate miliknya. Serangan ini serta-merta mengaktifkan Ultimate semua rakan sepasukan lain dan menjadikan Zon miliknya kekal sepanjang baki pertempuran. Ia juga menyeru Cyrene dalam bentuk “memosprite” uniknya, yang boleh memberi buff kepada rakan sepasukan—menyediakan efek eksklusif kepada watak Chrysos Heir—atau menghasilkan DMG kepada semua musuh.

Version 3.7 Event Warp: Phase I

Limited 5-star character Cyrene (Remembrance: Ice) and limited 5-star Light Cone This Love, Forever (Remembrance) will have increased Warp rates from 2025/11/05 after the Version 3.7 update until 2025/12/16 15:00 (server time).
The Warp rates for… pic.twitter.com/yATSBiVQV1

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) October 24, 2025

Sebuah mod permainan baharu, “Currency Wars,” juga akan diperkenalkan. Para pemain boleh membentuk pasukan sehingga sepuluh watak, dibahagikan kepada skuad “on-field” dan “off-field” yang bekerjasama dalam pertempuran.

Sinergi adalah kunci, kerana watak dengan jenis tempur atau puak yang sama akan mencetuskan kesan “Bond” khas untuk kuasa pasukan yang lebih besar. Sebagai permulaan, kesemua 61 watak yang mengambil bahagian akan tersedia untuk percubaan percuma semasa pelancaran.

Sama seperti mod “Divergent Universe,” “Currency Wars” akan menampilkan ganjaran berkala dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa dengan cabaran baharu.

Selain daripada cerita utama, Versi 3.7 membawakan kandungan tambahan untuk dinikmati oleh para pemain:

  • Acara Snack Dash: Sebuah pertandingan santai di mana pemain berlumba menggunakan snek kreatif ciptaan Madam Ruan Mei merentasi litar berhalangan untuk kedudukan tinggi dan ganjaran.
  • Trailblaze Fashion System: Sebuah sistem kosmetik baharu akan dilaksanakan, membolehkan penyesuaian watak yang lebih meluas. Pemain boleh mendapatkan hiasan kepala edisi terhad “Deliverer’s Wreath” secara percuma dengan menyelesaikan Main Mission versi ini.
  • Media Baharu: Sebuah filem pendek animasi baharu bertajuk “Hello, World,” dan trek muzik baharu, “Ripples of Past Reverie,” akan dikeluarkan untuk meraikan perjalanan lalu dan kesimpulan bagi saga Amphoreus.

Sebagai bonus log masuk istimewa, pemain yang aktif dalam game antara versi 3.7 sehingga versi 4.0 boleh menuntut Golden Companion Spirit x1. Item ini boleh digunakan untuk menebus seorang watak 5-star pilihan di kedai. Tambahan pula, watak Topaz & Numby juga akan ditambah ke dalam senarai penebusan.

Honkai: Star Rail kini tersedia untuk PlayStation 5, PC (melalui klien rasminya dan Epic Games Store), iOS, dan peranti Android. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Tags: Honkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

Halo Akhirnya Datang Ke PlayStation Melalui ‘Campaign Evolved,’ Remake Penuh Kepada Game Pertama

Next Post

Duet Night Abyss Bawa Pembaharuan Kepada Genre, Tiada Langsung Sistem Gacha & Stamina

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Duet Night Abyss Bawa Pembaharuan Kepada Genre, Tiada Langsung Sistem Gacha & Stamina

Duet Night Abyss Bawa Pembaharuan Kepada Genre, Tiada Langsung Sistem Gacha & Stamina

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd