Summer Game Fest (SGF) akan kembali pada 5 Jun 2026. Tetapi ada perubahan, acara pelancaran siaran langsung akan dihoskan di Dolby Theatre di Hollywood, lokasi terkenal yang menjadi tuan rumah anugerah Oscars.
Pengumuman tersebut dibuat pada oleh penerbit dan hos acara, Geoff Keighley, melalui media sosial.
Summer Game Fest 2026 akan meneruskan tradisi menyajikan sebuah acara siaran langsung padat selama dua jam yang menampilkan pengumuman permainan video baharu, tayangan trailer perdana dunia, dan pendedahan mengejut daripada penerbit-penerbit terbesar industri.
Pameran ini akan disiarkan secara global melalui platform seperti YouTube dan Twitch.
Dilancarkan pada tahun 2020 sebagai alternatif digital kepada E3 yang telah dibatalkan, Summer Game Fest telah berkembang menjadi acara gaming pertengahan tahun yang paling dinantikan, terutamanya selepas penamatan E3 secara kekal pada tahun 2023.
Jumlah tontonannya telah meningkat secara mendadak, dengan edisi 2025 pada 6 Jun menarik penonton siaran langsung seramai lebih 50 juta yang memecah rekod.









Discussion about this post