HoYoverse mengumumkan bahawa kemas kini besar Genshin Impact yang seterusnya, Version Luna II “Song of the Welkin Moon: Reprise,” akan dilancarkan pada 22 Oktober.
Kemas kini ini memperkenalkan sistem user-generated content (UGC) Miliastra Wonderland, di samping watak 5-star baharu, Nefer, dan sambungan Archon Quest yang menampilkan kemunculan Grand Master Varka.
Tarikan utama kemas kini ini ialah sistem Miliastra Wonderland, sebuah platform kreatif yang menawarkan ratusan Peringkat ciptaan pemain. Mana-mana pemain yang telah melengkapkan Archon Quest Prologue, Act I, “The Outlander Who Caught the Wind,” boleh mengakses alam baharu ini.
Sistem ini menyokong pelbagai genre permainan, termasuk pengurusan simulasi, permainan parti, pertempuran PvP, dan cabaran pengembaraan. Pemain boleh bekerjasama dengan rakan atau bermain secara solo, menyelesaikan teka-teki dan bersaing untuk skor tertinggi di papan pendahulu.

Customization menjadi tumpuan utama di Wonderland, di mana pemain akan meneroka menggunakan avatar boleh diubah suai yang dipanggil “Manekins.” Daripada rambut dan raut wajah hingga ke aksesori dan pakaian, setiap aspek boleh disesuaikan mengikut gaya individu.
Acara dalam permainan akan menawarkan ganjaran tambahan, termasuk baucar percubaan untuk komponen dan set pakaian yang unik.

Bagi pencipta, “Miliastra Sandbox” menyediakan alat suntingan untuk mereka bentuk dan membina Peringkat asal. Pengguna, yang dikenali sebagai “Craftspeople,” boleh mengubah suai rupa bumi, meletakkan item, dan juga mengkonfigurasi kemahiran watak, untuk mencipta pengalaman gameplay yang unik.
HoYoverse akan menyokong para pencipta dengan tutorial rasmi, forum khas, dan program insentif untuk menggalakkan inovasi.

Jalan cerita utama juga akan berkembang apabila pemain berhadapan dengan ancaman daripada “Racher of Solnari,” Rerir. Dalam detik yang penting, Grand Master Knights of Favonius, Varka, akhirnya akan membuat penampilan sulungnya di skrin untuk membantu pemain.
Kerjasama yang tidak dijangka terbentuk apabila Fatui Harbingers “The Knave” (Arlecchino) dan “The Marionette” turut serta dalam pertempuran. Dengan bimbingan daripada The Damselette dan maklumat daripada Nefer dari Curatorium of Secrets, pemain akan membongkar motivasi Rerir dan menemui cara baharu untuk mengalahkannya.
Melengkapkan Archon Quest ini akan memberi ganjaran tambahan sebanyak 560 Primogem kepada pemain.

Menyertai senarai watak yang boleh dimainkan ialah Nefer, seorang pengguna catalyst Dendro 5-star yang memperkenalkan mekanik damage “Lunar-Bloom”. Kemahiran Elemental Skill miliknya membolehkan menyerap Verdant Dew, menguatkan Charged Attack untuk menghasilkan damage Lunar-Bloom tanpa menggunakan Stamina.
Tambahan pula, kebolehannya membolehkan parti menukar Dendro Core menjadi “Seeds of Deceit,” yang meningkatkan lagi output damage.
Event Wish untuk Genshin Impact Version Luna II akan dibahagikan kepada dua fasa. Separuh pertama akan menampilkan Nefer di samping rerun Furina. Separuh kedua pula akan membawa kembali Arlecchino dan Zhongli.
Acara-acara tambahan akan menawarkan lebih banyak ganjaran. Pemain boleh membantu The Damselette dengan tugasan khas untuk mendapatkan kad nama eksklusif dan item lain.
Acara Musiman baharu di Sumeru juga akan menawarkan ganjaran Primogem dan peluang untuk menjemput watak 4-star Collei untuk menyertai parti anda secara percuma.

Genshin Impact kini tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, PC melalui klien dan Epic Games Store, iOS melalui App Store, dan Android melalui Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.




![[TGS25] Bagaimana Francais ‘We Were Here’ Mentakrifkan Semula Komunikasi Co-op Di Switch & Platform Lain](https://cdn.gamersantai.com/2025/10/We-Were-Here_TGS25_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post