Bandai Namco dan pembangun Byking mengumumkan bahawa fighting game arena terbaharu dalam francais, My Hero Academia: All’s Justice, akan dilancarkan pada 6 Februari 2026. Pengesahan tarikh pelancaran ini diiringi dengan pelancaran pra-tempah digital untuk game tersebut, yang bakal dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.
Fighting game 3D akan datang ini akan membawa pemain terus ke dalam arc Final War iaitu klimaks daripada manga dan anime. Story Mode bakal menawarkan perspektif sinematik yang unik terhadap pertembungan akhir antara Heroes dan Villains, membolehkan pemain mengalami semula detik-detik penting seperti perjuangan berani Bakugo menentang All For One dan pergelutan heroik Deku.

Seperti yang telah diceritakan sebelum ini, game ini akan menampilkan barisan watak kegemaran peminat yang sangat besar dalam bentuk mereka yang terbaharu dan paling berkuasa. Barisan ini merangkumi kesemua pelajar Kelas 1-A dari U.A. High, Hero Pro seperti Mirko dan Best Jeanist, serta Villain yang digeruni seperti All For One, Tomura Shigaraki, dan Dabi.

Sistem combat dibina berasaskan “Refined Battle System”, di mana pemain membentuk pasukan tiga orang dan menggunakan ‘Quirk’ unik mereka untuk mencapai kemenangan. Satu mekanik baharu, ‘Rising’, akan membolehkan pemain meningkatkan kuasa serangan, kelajuan, dan aksi ‘Quirk’ watak buat sementara waktu. Sistem ini menggalakkan gameplay taktikal, membenarkan pemain melakukan kombo berangkai sambil bertukar-tukar watak untuk mencipta sinergi yang hebat.

Selain Story Mode utama, My Hero Academia: All’s Justice akan menyertakan beberapa mod lain. Mod “Team-Up Mission” menawarkan senario asal permainan di mana pemain boleh bekerjasama dengan pelajar Kelas 1-A dalam ruang latihan maya untuk menyelesaikan misi-misi eksklusif. Berjaya menyelesaikan misi-misi ini akan membuka mod “Archives Battle”, yang membolehkan pemain mengimbau kembali pertempuran-pertempuran ikonik daripada keseluruhan saga My Hero Academia.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post