Perkembangan permainan mudah alih di Asia Tenggara menunjukkan potensi yang besar dan meningkat tahun demi tahun. Salah satu perkara yang paling menarik ialah genre MMORPG yang menawarkan cabaran untuk bermain dan berinteraksi dengan banyak pemain dalam sistem role playing. Untuk menemukan pemain bersemangat yang mencari pertempuran aksi terhebat, berperang dalam guild, dan banyak lagi, Rise of Nowlin menawarkan kombinasi sempurna ciri-ciri terpenting permainan hardcore untuk telefon bimbit anda.
8elements sebagai salah satu pencipta permainan mudah alih utama dan penerbit terkenal di Asia, mempersembahkan Rise of Nowlin kepada pemain di Asia Tenggara. MMORPG mobile baru ini sudah memulakannya Open Beta-nya pada Khamis 17 Oktober secara eksklusif di Singapura, Malaysia dan Filipina.
Developer ShouYou Technology, studio permainan mudah alih khusus di China, telah bekerja secara intensif dan berhati-hati untuk mengoptimumkan gameplay, karakter, grafik dan sistem permainan keseluruhannya agar pemain boleh mendapatkan pengalaman permainan mudah alih terbaik MMORPG yang boleh ditawarkan.
Semua akaun yang dibuat semasa Early Access TIDAK akan dihapuskan dan DAPAT masuk ke permainan untuk meneruskan kemajuan watak mereka.
Selain itu, pasukan mengumumkan ganjaran untuk penguji pra-daftar dengan gem dan
diamond sebagai ganjaran untuk sokongan dan kesetiaan mereka. Pemain juga boleh menikmati acara Open Beta yang terdiri daripada pakaian eksklusif, mount, acara istimewa dan guild.
Ciri-Ciri Menarik:
- Login Parade pada hari pertama! Semua pemain akan mendapat 1000 pink diamond pada hari Open Beta pertama.
- Mount dan pakaian mewah baru.
- Boss Battle epik dan ganjaran rare item.
- Acara menarik daripada Top Level (solo), Top Guild, Hide and Seek, dan banyak lagi!
- Menyertai pertempuran hebat di antara dua pihak: Light dan Dark!
Rise of Nowlin sudah keluar di Google Play Store dan akan disediakan untuk peranti iOS di Apple App Store dalam beberapa hari kemudian. Maklumat lanjut boleh dibaca di halaman FB rasmi mereka @riseofnowlin.
@gamersantaimy
Discussion about this post