Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Outlanders Mendedahkan Gameplay Pertama; Daftar Beta Tertutup Bermula

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, Open World, Survival
0 0
0
Monster Hunter Outlanders Mendedahkan Gameplay Pertama; Daftar Beta Tertutup Bermula
Share on FacebookShare on Twitter

TiMi Studio Group dan Capcom telah mendedahkan trailer baharu untuk game survival open world akan datang, Monster Hunter Outlanders, semasa Tokyo Game Show 2025. Pengumuman itu turut disertakan dengan pengumuman pendaftaran untuk ujian beta tertutup yang dijadualkan pada bulan November di beberapa rantau terpilih. Pemain yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi.

The time is here; Monster Hunter Outlanders Closed Beta test registration starts today!

How to Obtain Test Qualification: Click on the link below to fill out the questionnaire to be considered for participation. The confirmation email will be sent to the email registered on the… pic.twitter.com/BwNS0YPgDf

— Monster Hunter Outlanders (@MHO_English) September 25, 2025

Game ini berlatarkan sebuah pulau bernama Aesoland, sebuah daratan yang terbahagi kepada kawasan-kawasan berbeza berdasarkan rupa bumi dan cuaca. Pemain akan mengambil peranan sebagai “Adventurers,” watak-watak yang datang dari seluruh dunia dan mempunyai pelbagai pengalaman. Setiap Adventurer mempunyai abiliti unik yang boleh memberikan pelbagai manfaat dan kesan semasa memburu. Menerokai pelbagai kawasan di Aesoland menggunakan fungsi crafting bukan sahaja akan menawarkan perspektif baharu terhadap persekitaran, malah boleh membawa kepada penemuan item istimewa dan petunjuk penting untuk misi.

Dalam pengembaraan mereka, setiap Adventurer akan ditemani oleh seorang rakan. Palico yang digemari dari siri utama Monster Hunter kembali semula, disertai oleh dua rakan baharu yang eksklusif untuk Monster Hunter Outlanders: Rutaco dan Trillan. Setiap rakan mempunyai personaliti, penampilan dan set kemahiran yang unik, dan mereka boleh dilatih untuk menjadi teman yang lebih boleh dipercayai di medan buruan.

Aesoland adalah rumah kepada varian raksasa unik yang dikenali sebagai “Radiant Species.” Penampilan dan kebolehan makhluk-makhluk hebat ini telah diubah oleh mineral unik pulau itu, “Radiantite.” Semasa perburuan, Radiant Species akan menjadi ganas, menunjukkan tahap keagresifan dan kuasa serangan yang meningkat, sekali gus memberikan cabaran besar walaupun kepada pemain yang paling berpengalaman.

Monster Hunter Outlanders dibangunkan untuk memberikan pengalaman memburu klasik pada peranti mobile, dengan kawalan butang yang dipermudahkan. Menurut pembangun, aksi-aksi biasa boleh diaktifkan melalui satu butang sahaja, bertujuan untuk mengekalkan keseronokan siri Monster Hunter sambil menawarkan skema kawalan yang unik dan mudah diakses.

Jenis senjata yang biasa juga kembali tetapi dipertingkatkan dengan elemen-elemen serba baharu.

Monster Hunter Outlanders akan tersedia untuk iOS dan Android sebagai game free-to-play dengan pembelian dalam aplikasi. Tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.

Tags: Monster Hunter Outlanders
ShareTweetSend
Previous Post

Pelancaran Code Vein II Sah Pada 30 Januari 2026

Next Post

Nioh 3 Diumumkan Untuk PS5 & PC, Bakal Dilancarkan Februari 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Nioh 3 Diumumkan Untuk PS5 & PC, Bakal Dilancarkan Februari 2026

Nioh 3 Diumumkan Untuk PS5 & PC, Bakal Dilancarkan Februari 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd