Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Gen V Musim 2 – Lebih Ganas, Lebih Gelap, Lebih Baik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 16, 2025
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri, Review
0 0
0
Reviu Gen V Musim 2 – Lebih Ganas, Lebih Gelap, Lebih Baik
Share on FacebookShare on Twitter

Siri spinoff kepada karya gergasi Amazon, The Boys, iaitu Gen V, telah membuktikan keupayaannya untuk berjaya secara tersendiri. Meskipun kedua-duanya berada dalam dunia yang sama dan ada ketikanya watak serta plot mereka bertembung, Gen V membawakan pendekatan yang unik.

Berbeza dengan The Boys yang penuh dengan satira politik dan konflik dewasa, Gen V pula diolah sebagai sebuah drama remaja yang kompleks, dengan menampilkan semangat muda dengan elemen keganasan dan aksi ngeri yang sama seperti yang diharapkan oleh peminat.

Perbezaan inilah yang memberi ‘kesegaran’ kepada siri ini; ia tidak hanya meniru The Boys, sebaliknya berusaha membina identitinya sendiri.

Kredit: Prime Video

Kisahnya tertumpu di Universiti Godolkin, satu-satunya institusi pengajian tinggi di Amerika yang dikhususkan untuk adiwira remaja, dan diuruskan sepenuhnya di bawah Vought International. Pada luaran, universiti ini kelihatan sama seperti kampus elit lain, dengan adanya sistem ranking, tajaan, dan pertandingan yang kompetitif.

Akan tetapi, di sebalik penampilan itu, wujud satu sistem zalim yang melatih pelajar bukan untuk menjadi wira, sebaliknya untuk dijadikan aset komersial bagi Vought. Fokus penceritaan adalah pada Marie Moreau, yang hidupnya penuh dengan trauma, bersama rakan-rakannya yang masing-masing memendam luka lampau.

Mereka bersama-sama mendedahkan rahsia gelap, berhadapan dengan dilema yang sukar, dan akhirnya menyedari bahawa dalam dunia mereka, kebolehan untuk terus hidup adakalanya lebih penting daripada prinsip moral.

Kredit: Prime Video

Apabila Musim 2 diumumkan, harapan yang diletakkan amat tinggi. Adakah siri ini mampu mengekalkan momentum musim sebelumnya, atau bahkan mengatasinya? Selepas menonton dua episod terawal, saya yakin bahawa Gen V masih tidak kehilangan tarikannya. Sebaliknya, ia kini terasa lebih hebat, lebih gelap, dan lebih menarik.

Kedua-dua episod ini bukan sahaja mengingatkan sebab saya menyukai Musim 1, tetapi turut memberi alasan untuk saya terus mengikuti perkembangannya.

Episod 1 – New Year, New You

Musim baharu ini dimulakan dengan time skip, yang terus menunjukkan bahawa banyak perkara telah berubah. Walaupun kini mereka berada di tahun kedua pengajian, keadaan jauh daripada tenang. Kita dapati Marie masih melarikan diri, dalam usahanya sukar untuk mencari semula kakaknya.

Sementara itu, kepulangan Emma dan Jordan ke Godolkin diiringi rasa keberatan, menunjukkan mereka masih terkesan dengan peristiwa lalu. Cate, yang sebelum ini sentiasa bersemangat, kini kelihatan hampa dengan situasi mereka, manakala Sam pula mengasingkan diri dan seakan tidak peduli dengan keadaan sekeliling.

Kredit: Prime Video

Kehadiran dekan baharu yang penuh misteri pula menambahkan lagi debaran, membuatkan penonton berasa curiga sejak awal. Jalan cerita menjadi lebih hangat apabila sebuah video tular mengheret Marie ke dalam sebuah kontroversi, yang mungkin membuka ruang untuk mereka semua bertemu semula.

Episod ini juga memperkenalkan misteri baharu yang disebut sebagai “Odessa Project” dan ditutup dengan satu tragedi mengejutkan, yang pasti akab membuatkan anda tergamam dan terdiam.

Kredit: Prime Video

Kelebihan utama episod ini ialah rentaknya yang pantas. Berbeza dengan Musim 1 yang banyak memberi fokus kepada drama remaja—yang sememangnya kena pada tempatnya—musim ini membina sasoebs sejak dari awal lagi.

Walaupun diselitkan dengan babak-babak santai yang menunjukkan para pelajar berseronok di kampus, suasana ceria itu sentiasa dibayangi oleh ancaman bahaya yang tersembunyi.

Kredit: Prime Video

Babak lawan juga mencuri tumpuan, walaupun bukan disebabkan oleh koreografinya. Sejujurnya, aksi yang dipersembahkan bukanlah yang terbaik, namun babak-babak ini tetap menarik kerana tenaga, unsur jenaka, dan kreativiti yang lahir daripada penggunaan kuasa luar biasa.

Sebagai episod permulaan, Episod 1 mencapai matlamatnya dengan cemerlang: ia mengembangkan watak Marie, memberi petunjuk tentang misteri yang lebih besar, memperkenalkan watak jahat tanpa mendedahkan semua rancangan mereka, dan berjaya menyampaikan suasana yang lebih gelap seperti yang dinantikan peminat.

Episod 2 – Justice Never Forgets

Jika episod sulung berfungsi sebagai pengenalan, episod kedua pula mendalami lagi misteri yang disajikan. Marie kembali semula ke kampus, kali ini dengan gelaran rasmi sebagai ‘Guardian of Godolkin’. Tugasnya kini lebih berat, begitu juga dengan persekitaran yang semakin tegang.

Kemunculan watak baharu bernama Cipher, yang membawa berita menyedihkan tentang Andre, terus menimbulkan syak wasangka. Cara Cipher bercakap seolah-olah dia menyembunyikan sesuatu, menjadikannya watak yang sukar dipercayai.

Apabila dia mengajak Marie dan Jordan menyertai kelas “Hero Optimization”, ia terasa seperti satu lagi bentuk manipulasi Vought—menegaskan lagi bahawa tiada apa di universiti itu yang benar-benar dirancang untuk kebaikan pelajar.

Kredit: Prime Video

Pada masa yang sama, Emma dan Polarity cuba mencari maklumat lanjut mengenai Odessa di arkib universiti. Babak-babak ini menampilkan gandingan watak yang tidak dijangka, menghasilkan adegan yang menghiburkan di tengah-tengah plot yang semakin serius.

Sepanjang episod, dekan baharu terus menjadi figura yang mengancam; walaupun tidak banyak berkata-kata, sikapnya yang pendiam dan serius sudah cukup untuk menonjolkan auranya yang berbahaya.

Kredit: Prime Video

Kekuatan Episod 2 terletak pada keseimbangannya. Di sebalik misteri yang semakin berat, siri ini masih meluangkan masa untuk babak-babak yang memberi ruang kepada watak-watak untuk berkembang.

Kita dapat melihat mereka bukan sekadar sebagai adiwira, tetapi sebagai individu yang terdesak untuk meneruskan kehidupan dalam situasi yang kelam. Episod ini berakhir dengan pendedahan kecil mengenai Odessa, tetapi disusuli pula dengan cliffhanger yang menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

Perkembangan Semula Jadi ke Musim 2

Kedua-dua episod awal ini menguruskan timeski[ dengan amat baik. Siri ini tidak membuat penonton keliru dengan perubahan yang tiba-tiba, sebaliknya mengisi lompong-lompong cerita secara perlahan-lahan melalui perbualan, flashback, dan perwatakan.

Kredit: Prime Video

Apa yang paling menakjubkan ialah betapa kesinambungan Musim 2 ini terasa begitu natural. Ia tidak memperkenalkan latar tempat yang baharu secara mendadak atau membebankan penonton dengan terlalu ramai watak baharu. Sebaliknya, ia membina naratif di atas asas yang telah diletakkan pada Musim 1.

Watak Marie terus matang dengan motivasi yang lebih jelas. Begitu juga dengan Jordan, Emma, dan watak lain yang menunjukkan perkembangan, walaupun harus diakui perkembangan sesetengah watak terasa agak tergesa-gesa, seolah-olah ada bahagian penting yang ditinggalkan.

Namun secara keseluruhan, hala tuju siri ini masih di landasan yang betul.

Kredit: Prime Video

Bagi mereka yang mengikuti kedua-dua Gen V dan The Boys, kaitan antara dua siri ini sangat jelas. Walau bagaimanapun, Gen V Musim 2 masih boleh dinikmati sepenuhnya sebagai sebuah karya sendiri.

Penonton yang tidak pernah menonton The Boys mungkin akan terlepas beberapa rujukan, tetapi ia tidak menjejaskan pemahaman terhadap jalan cerita utamanya. Keseimbangan inilah yang menjadi salah satu aset terbesar Gen V.

Pendapat Setakat Ini

Selepas menonton dua episod pertamanya, Gen V Musim 2 sekali lagi berjaya menambat hati saya. Misteri Odessa Project, dekan baharu yang penuh tanda tanya, serta keadaan para watak utama yang tidak menentu telah menghasilkan sebuah cerita yang mendebarkan, sukar dijangka, dan sangat mengujakan.

Saya terus terpaku dari awal hingga akhir, sentiasa tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi seterusnya.

Kredit: Prime Video

Sudah tentu, ia tidak bebas daripada kelemahan. Ada ketikanya, watak-watak berkelakuan kurang bijak yang terasa janggal, memandangkan pengalaman pahit yang telah mereka tempuhi. Beberapa babak juga terasa tidak begitu penting dan seolah-olah dimasukkan hanya untuk menambah elemen unik tanpa menyumbang kepada plot.

Tambahan pula, siri ini ada kalanya terlalu bergantung pada dialog untuk menerangkan perasaan sesuatu watak, berbanding menunjukkannya melalui aksi. Momen-momen sebegini sedikit mengurangkan penghayatan, tetapi tidak sampai merosakkan keseluruhan pengalaman menonton.

Kredit: Prime Video

Namun di sebalik kekurangan ini, saya amat berpuas hati dengan permulaan musim ini. Keserasian antara pelakon-pelakonnya begitu ketara, walaupun ketika watak mereka saling berkonflik. Aliran ceritanya juga lancar, tidak terlalu perlahan atau terburu-buru.

Paling penting, ia meninggalkan saya dengan pelbagai persoalan yang membuatkan saya tidak sabar menantikan episod seterusnya—dan itulah tanda sebuah pembukaan musim yang berjaya.

Kredit: Prime Video

Gen V Musim 2 akan ditayangkan bermula 17 September di Malaysia, hanya di Prime Video.

The Review

Gen V Season 2

8 Score

Secara keseluruhannya, Gen V Musim 2 merupakan satu permulaan yang sangat berjaya, menjadikan siri ini lebih gelap, mantap, dan menarik sambil mengekalkan identitinya sebagai sebuah drama remaja kompleks yang berbeza daripada The Boys. Dua episod pertamanya berjaya membina debaran melalui misteri baharu seperti 'Odessa Project' dan watak dekan yang mengancam, sementara watak-watak utamanya berhadapan dengan kesan daripada peristiwa musim lalu. Walaupun rentak penceritaan yang seimbang dan keserasian pelakon yang mantap, ada beberapa kelemahan kecil, seperti perubahan watak yang terasa tergesa-gesa dan kecenderungan untuk menerangkan plot berbanding menunjukkannya. Namun begitu, permulaan musim ini sangat mengujakan, saspens, dan berjaya membuatkan kami tidak sabar untuk mengikuti episod seterusnya.

PROS

  • Permulaan musim yang kuat dan meyakinkan. Plotnya menguruskan time skip dengan jelas, mempercepatkan rentak untuk membongkar misteri yang ada dan menetapkan motivasi semasa setiap watak
  • Rentak penceritaan yang seimbang, menggabungkan aksi, drama, misteri, dan humor dengan berkesan untuk kedua-dua episod
  • Keserasian barisan pelakon menjadikan setiap interaksi menarik dan boleh dipercayai, terutamanya dalam momen-momen 'lemah' di mana kebimbangan dan kerisauan protagonis kelihatan begitu nyata

CONS

  • Sesetengah watak dan hubungan mengalami perubahan drastik tanpa penjelasan atau pembangunan yang mencukupi
  • Terlalu bergantung pada 'telling' berbanding 'showing' untuk watak, dengan peristiwa lalu sering dijelaskan melalui dialog dan bukannya ditayangkan

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Gen VPrime Videoreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Siapakah Kaigaku? Kisah Seorang Pengkhianat & Musuh Utama Zenitsu Dalam ‘Demon Slayer: Infinity Castle’ (SPOILER)

Next Post

[UPDATE] Muzan Kibutsuji Akan Tiba Dalam Demon Slayer: The Hinokami Chronicles 2 Sebagai Playable Character Percuma

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[UPDATE] Muzan Kibutsuji Akan Tiba Dalam Demon Slayer: The Hinokami Chronicles 2 Sebagai Playable Character Percuma

[UPDATE] Muzan Kibutsuji Akan Tiba Dalam Demon Slayer: The Hinokami Chronicles 2 Sebagai Playable Character Percuma

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd