Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelancaran Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Ditetapkan Pada Mac 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2025
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Pelancaran Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Ditetapkan Pada Mac 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom hari ini mengumumkan bahawa RPG mereka yang sangat dinanti-nantikan, Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection, akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mac 2026. Bagi platform, game ini bakal tiba di PlayStation 5, Xbox Series X|S, konsol Switch 2, dan PC melalui Steam.

Twisted Reflection berlatarkan dua abad selepas peperangan dahsyat yang memisahkan dua kerajaan. Kisah ini berpusat pada satu peristiwa aneh apabila kembar Rathalos menetas dari sebiji telur.

Kejadian ini mencetuskan sebuah kisah epik yang akan membawa pemain ke tanah-tanah larangan dan merungkai saga pelbagai generasi penuh dengan takdir berliku.

Dalam Twisted Reflection, pemain sekali lagi akan memegang peranan sebagai seorang Rider, wira yang berkawan dan bekerjasama dengan “Monsties”. Pengembaraan ini menjanjikan dunia yang luas untuk diterokai, di mana pemain boleh terbang merentasi langit menaiki Rathalos mereka.

Tumpuan utama gameplay adalah pada usaha membesarkan, menunggang, dan berlawan di sisi koleksi raksasa ikonik dari dunia Monster Hunter yang lebih luas.

Capcom menegaskan semula bahawa Monster Hunter Stories 3 dibangunkan untuk menarik minat kedua-dua Rider veteran dan pemain baharu. Pengalaman ini dibina berasaskan sistem combat strategik berasaskan giliran, di mana Rider dan Monsties mereka berlawan seiringan.

Perjalanan ini, yang penuh dengan penemuan, bahaya, dan keajaiban, dihidupkan melalui grafik 3D yang menjadi ciri khas siri ini, membawa pemain ke dalam dunianya yang bertenaga.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Quest VII Reimagined Diumumkan Dengan Seni Buatan Tangan Unik, Bakal Dilancarkan 2026

Next Post

Mega Evolution Baharu Untuk Pokémon Legends: Z-A, DLC Mega Dimension Turut Diumumkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Mega Evolution Baharu Untuk Pokémon Legends: Z-A, DLC Mega Dimension Turut Diumumkan

Mega Evolution Baharu Untuk Pokémon Legends: Z-A, DLC Mega Dimension Turut Diumumkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd