NCSOFT telah mengumumkan tarikh pelancaran global untuk “free-to-play collectible action MMORPG” terbaharunya, Blade & Soul Heroes. Game ini akan dilancarkan untuk PC melalui Steam, iOS, dan Android pada 24 September, menjemput para pemain untuk menerokai dunianya yang berinspirasikan wuxia.
Sebagai prekuel kepada Blade & Soul yang terkenal, judul terbaharu ini berlatarkan tiga tahun sebelum jalan cerita game asal di Earthen Realm yang dikenali ramai.
Blade & Soul Heroes pertama kali dilancarkan pada 28 Ogos 2024 di Korea dan Jepun dengan judul Hoyeon dan Go-En, dan kini bersedia untuk penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa.

Game ini memfokuskan kepada perjalanan Yusol, seorang pahlawan muda yang bertekad untuk membina semula klannya dan menuntut keadilan terhadap mereka yang memusnahkannya. Para pemain akan mengikuti pengembaraannya dalam menjejaki Yi Chun yang jahat serta membongkar misteri gelap Heaven’s Fall Cult.
Sepanjang perjalanan, dia akan merekrut lebih 40 wira unik yang pelbagai, masing-masing dengan kemahiran dan kisah peribadi tersendiri, untuk bersatu menentang ancaman hebat ini.

Blade & Soul Heroes memperkenalkan sistem dual combat unik, yang menggabungkan strategi turn-based dan aksi masa nyata. Dalam mod turn-based, pemain boleh mengawal kelima-lima ahli pasukan, menyelaras kemahiran mereka secara strategik untuk mencapai kemenangan.
Untuk pendekatan yang lebih terus, pemain boleh beralih ke mod aksi real-time, mengawal seorang wira utama yang disokong oleh kemahiran daripada empat sekutunya.
Penekanan terhadap strategi ini memerlukan pemain untuk menguasai pelbagai kombinasi kemahiran dan menyesuaikan komposisi pasukan mereka untuk menewaskan musuh dan persekitaran yang berbeza.

Direka untuk kebolehcapaian, game ini menyokong permainan cross-platform sepenuhnya, memastikan pengalaman yang lancar sama ada di PC atau peranti mobile.
Sambil pemain memulakan pengembaraan epik ini, mereka akan dicabar untuk menyatukan wira-wira mereka, menguasai sistem combat, dan membongkar pelbagai kisah yang menanti untuk diterokai di dalam dunia Blade & Soul Heroes.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi mereka.









Discussion about this post