Marvel Games dan NetEase Games telah mengumumkan butiran rasmi untuk content update utama seterusnya bagi game superhero PVP shooter, Marvel Rivals.
Kini di Season 3 (yang bertajuk The Abyss Awaken), update Marvel Rivals ini memperkenalkan pelbagai kandungan baharu, termasuklah game mode “Resource Rumble,” peta “Klyntar: Throne of Knull,” dan acara dalam game baharu, di samping penambahbaikan sistem yang signifikan berdasarkan maklum balas komuniti.
Tarikan utama ialah Resource Rumble, game mode baharu yang baru sahaja dilancarkan. Dalam mod ini, pasukan akan bertarung untuk membuka dan mengawal tiga ‘resource point’ yang disusun secara rawak.
Objektifnya adalah untuk mengumpul sumber sambil menghalang serangan pihak lawan, dan pasukan pertama yang mencapai skor sasaran akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Pemain juga boleh menyelami peta baharu, Klyntar: Throne of Knull. Terletak jauh di bawah tanah, medan perang ini hanya bersambung ke permukaan melalui Venom Spire. Menurut naratif peta, kepulangan Phoenix telah membangkitkan sepenuhnya dewa Symbiote, Knull.
Walau bagaimanapun, dia tetap terikat pada takhtanya oleh sisa Kuasa Phoenix, sambil menantikan Queen in Black untuk memadamkan apinya.
Bagi meraikan musim baharu ini, sebuah acara istimewa dalam game, Ancient Powers Awaken, juga diadakan. Dengan hanya melengkapkan perlawanan, pemain boleh mendapatkan EXP untuk meningkatkan level dan menebus ganjaran epik, termasuk kostum “Old Man Strange” percuma untuk Doctor Strange.
Untuk menangani maklum balas komuniti, pasukan pembangun turut menyentuh tentang isu-isu berkaitan Matchmaking. Mereka menjelaskan bagaimana sistem matchmaking dan ranking berfungsi, serta menggariskan penambahbaikan yang sedang dibuat untuk meningkatkan pengalaman kompetitif.
Ciri-ciri sosial juga menerima naik taraf melalui integrasi SDK Sosial Discord. Ini akan memperkenalkan senarai rakan yang disatukan, ruang sembang rentas platform, Rich Presence, dan banyak lagi, bagi memudahkan pemain untuk berhubung dan membentuk pasukan dengan rakan-rakan.
📝 Patch 20250821 drops on August 21 at 9 AM UTC!
— Marvel Rivals (@MarvelRivals) August 20, 2025
Check out what’s in store for our latest patch, including an all-new game mode, a brand-new map, an exciting new event for a fresh battlefield, and optimizations here >> https://t.co/5j0oU8hK6t
No server downtime! Simply update… pic.twitter.com/njgUMZvgIA
Selain daripada ciri-ciri di atas, kemas kini Season 3 akan merangkumi pelarasan keseimbangan hero dan pembaikan pepijat. Pemain boleh mendapatkan patch notes yang lengkap dan semua maklumat terkini dalam Game Update rasmi.









Discussion about this post