10 Chambers telah mendedahkan lebih lanjut tentang game cooperative heist shooter mereka, Den of Wolves, dengan mempamerkan trailer gameplay serba baharu sewaktu acara Future Games Show dan Level Infinite Showcase.
Klip Den of Wolves tersebut menggabungkan rakaman gameplay dengan temu bual eksklusif daripada peneraju kreatif utama. Pengarah Kreatif Ulf Andersson dan Pengarah Audio & Muzik Simon Viklund tampil, berkongsi visi mereka untuk game ini dan apa yang membezakannya dalam genre ‘heist’.
Hasil idea Andersson, dalang kreatif di sebalik PAYDAY: The Heist dan PAYDAY 2, Den of Wolves ialah sebuah 4-player cooperative first-person shooter.
Game ini bertujuan untuk mengembangkan genre heist dengan menggabungkan gameplay infiltration (penyusupan) dengan elemen ‘neural hacking’, mencabar pemain untuk melaksanakan jenayah korporat berisiko tinggi.
“Den of Wolves ialah game yang memenuhi fantasi pemain genre heist– dan pemain yang bermain dengan orang yang tidak dikenali,” kata Andersson. “Sama ada anda yang merancang rompakan, atau anda di sana untuk membantu melaksanakan rancangan tersebut. Ia seolah-olah kami mencipta dua game pada masa yang sama.”
Game ini berlatarkan kota metropolis distopia bernama Midway City pada tahun 2097. Dalam dunia yang dikendalikan oleh korporat ini, pemain beroperasi sebagai penjenayah upahan, melaksanakan pengintipan industri, sabotaj, dan pembunuhan bagi pihak syarikat korporat saingan.
Susulan acara tersebut, para peminat juga dihidangkan dengan runut bunyi permainan ini. Viklund mengumumkan pelancaran “Logic Bomb,” sebuah lagu daripada runut bunyi rasmi Den of Wolves. Lagu tersebut kini tersedia di Spotify dan perkhidmatan penstriman utama lain.
Untuk menghasilkan audio game, Viklund bekerjasama dengan bakat-bakat Hollywood yang terkenal, termasuk Greg Ellis (Argo, Transformers) dan komposer Jamie Christopherson (Metal Gear Rising).

“Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada dua acara pada hari yang sama dan mula menunjukkan lebih banyak lagi hasil yang telah kami usahakan selama ini,” kata Oscar J-T Holm, pengasas bersama 10 Chambers.
“Dan para pemain boleh menjangkakan untuk melihat lebih banyak lagi tentang Den of Wolves dalam beberapa bulan akan datang.”
Den of Wolves dirancang untuk dilancarkan di Steam Early Access dan kini tersedia untuk dimasukkan ke dalam wishlist oleh pemain di platform tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di SINI.









Discussion about this post