Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fate Trigger Sasarkan Q1 2026 untuk Early Access, Dedah Gameplay Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2025
in Artikel, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Fate Trigger Sasarkan Q1 2026 untuk Early Access, Dedah Gameplay Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan Closed Beta Test yang berjaya menarik ratusan ribu pemain, Saroasis Studios hari ini mengumumkan bahawa game mereka, Fate Trigger, akan dilancarkan secara Early Access pada suku pertama tahun 2026.

Bagi meraikan pengumuman tersebut, studio itu turut mendedahkan sebuah trailer gameplay baharu yang memaparkan dunia permainan.

Tempoh pelancaran pada Q1 2026 ini diumumkan sebagai tindak balas kepada minat pemain yang tinggi dan permintaan untuk nafas baharu dalam genre battle royale dan tactical shooter.

Dikuasakan oleh Unreal Engine 5, Fate Trigger ialah ‘anime-style, hero-based shooter’ yang menggabungkan gameplay tembak taktikal dengan mekanik yang mudah didekati, direka untuk merendahkan halangan kemasukan bagi pemain baharu.

Dalam Fate Trigger, pemain memegang peranan sebagai seorang “Awakener,” pahlawan terpilih yang ditugaskan untuk membongkar rahsia dunia yang terdiri daripada pulau-pulau terapung.

Teras gameplay melibatkan pencarian sumber, menghasilkan peralatan epik, dan menggunakan kebolehan wira yang unik untuk menewaskan pihak lawan dalam pertarungan hidup atau mati.

Game ini menampilkan senarai watak yang pelbagai, setiap satunya dengan abilioti dan rupa anime 3D tersendiri.

Pemain boleh memilih watak yang bersesuaian dengan gaya permainan mereka, sama ada “Light Whisperer” yang melepaskan pancaran tenaga yang dahsyat; “Seafarer” yang menggunakan kuasa air untuk bergerak pantas dan menjadi halimunan; atau seekor arnab pemalu yang membina kubu piksel untuk pertahanan.

Saroasis Studios telah menghasilkan pelbagai mod untuk dicuba para pemain. Pengalaman ini merangkumi mod Battle Royale, mod ‘point defense’ berasaskan pasukan, dan “Rapid Trials” dalam zon toksik yang sentiasa mengecil.

Closed Beta Test baru-baru ini juga telah memperkenalkan mod 8v8 Team Deathmatch dan Ranked Matches, sekaligus meluaskan lagi landskap kompetitif.

Melihat ke hadapan Early Access, Saroasis Studios mengesahkan strategi cross-platform untuk masa depan Fate Trigger, berserta rancangan untuk menambah mod first-person dalam kemas kini akan datang, sebagai maklum balas langsung kepada permintaan utama daripada komuniti game shooter.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Fate Trigger
ShareTweetSend
Previous Post

World of Warcraft: Midnight – Light Menentang Void, Ini Segala Info Anda Perlu Tahu!

Next Post

World of Tanks Umum “Update 2.0”, Memperkenalkan Kereta Kebal Tier XI Buat Kali Pertama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Next Post
World of Tanks Umum “Update 2.0”, Memperkenalkan Kereta Kebal Tier XI Buat Kali Pertama

World of Tanks Umum "Update 2.0", Memperkenalkan Kereta Kebal Tier XI Buat Kali Pertama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd