Activision, bersama pembangun Treyarch dan Raven Software, telah mengumumkan secara rasmi bahawa Call of Duty: Black Ops 7 akan dilancarkan pada 14 November.
Judul yang amat dinanti-nantikan ini akan tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Microsoft Store, dan Battle.net. Game tersebut juga akan tersedia di Game Pass pada hari pertama.
Pemain yang tidak sabar untuk merasai aksi lebih awal boleh mendapatkan akses kepada open beta dengan membuat pra-tempah mana-mana edisi game.
Tempoh akses awal beta bermula pada 2 Oktober (barangkali 3 Oktober di Malaysia), manakala beta akan dibuka kepada semua pemain di semua platform pada 5 Oktober (kemungkinan 6 Oktober di Malaysia).

Menurut ringkasan yang diberikan oleh Activision, Call of Duty: Black Ops 7 bakal menyajikan “pengalaman Black Ops yang paling mencabar minda.” Kempen game ini berlatarkan tahun 2035, di mana dunia berada di ambang huru-hara akibat konflik ganas dan perang psikologi yang sengit.
Pemain akan mengikuti David Mason ketika dia mengetuai pasukan elit JSOC dalam misi rahsia ke bandar Mediterranean yang luas, Avalon. Di sana, mereka mendedahkan satu komplot yang bukan sahaja mengancam kestabilan global, tetapi juga memaksa mereka untuk berdepan dengan masa silam mereka yang menghantui.

Kempen ini memperkenalkan pengalaman co-op yang inovatif, membolehkan pemain untuk membentuk skuad atau bermain secara solo melalui cabaran-cabaran berisiko tinggi.
Naratifnya akan merangkumi pelbagai jenis persekitaran, daripada bumbung bangunan di Jepun yang diterangi lampu neon hinggalah ke pantai Mediterranean, malah sehingga ke sudut-sudut terdalam minda manusia.

Bagi peminat multiplayer, Black Ops 7 akan dilancarkan dengan sebanyak 16 peta teras six-versus-six dan dua peta berskala besar 20-versus-20. Medan perang akan merangkumi dari pemandangan Tokyo yang futuristik sehingga ke kawasan liar Alaska yang beku.
Sistem “Omnimovement” yang diperbaharui dan himpunan senjata canggih menjanjikan lapisan strategik yang segar kepada combat fast-paced game ini.

Melengkapkan pakej ini ialah kepulangan mod Round-Based Zombies dari Treyarch. Babak baharu ini, yang berlatarkan di tengah-tengah Dark Aether, memerangkap kru dalam sebuah “neraka yang luas dan sentiasa berubah.”
Menjanjikan lebih daripada sekadar perjuangan untuk terus hidup, pengalaman ini digambarkan sebagai “perjalanan menuju kegilaan.”
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post