Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lost Soul Aside – Abiliti & Senjata Yang Pemain Boleh Guna!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, RPG, Single Player, Steam
0 0
0
Lost Soul Aside – Abiliti & Senjata Yang Pemain Boleh Guna!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan pembangun Ultizero Games telah melancarkan trailer terbaharu untuk RPG aksi akan datang, Lost Soul Aside, yang menonjolkan pelbagai abiliti milik Arena, sebuah entiti ghaib yang membantu protagonis Kaser sepanjang pengembaraannya.

Gameplay terbaharu Lost Soul Aside mempamerkan lima abiliti utama yang akan digunakan oleh pemain dalam combat: Arena Claws, Crystal Blast, Frost Blast, Mountain Break, dan Purgatory Dance.

Menurut deskripsi, kuasa-kuasa ini membolehkan pemain untuk “meningkatkan kuasa serangan, melindungi diri daripada ancaman, dan memulihkan nyawa,” sambil menekankan kebolehan Arena yang sentiasa berevolusi bagi mengubah arus pertempuran untuk kelebihan pemain.

Lost Soul Aside ialah sebuah single-player action-adventure RPG yang dibangunkan oleh studio yang berpangkalan di Shanghai, Ultizero Games, dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment sebagai sebahagian daripada China Hero Project, sebuah inisiatif yang direka untuk menyokong pembangun dari China dalam menghasilkan game untuk khalayak global.

Game ini mengisahkan tentang Kaser, seorang anak yatim perang dari Slum Harbour dan ahli kumpulan penentang GLIMMER, dalam misi untuk menyelamatkan adik perempuannya, Louisa. Roh adiknya telah ditawan oleh Voidrax, penceroboh dimensi misteri yang berniat untuk memusnahkan umat manusia dengan menyerap roh mereka.

Selepas bergabung dengan Arena, rakan seperjuangan yang berupa naga, Kaser memperoleh kuasa luar biasa yang membolehkannya merentasi pelbagai dunia dan dimensi dalam misi untuk menyelamatkan adiknya dan juga umat manusia.

Arena bukan sekadar sumber abiliti ghaib. Entiti ini boleh berubah bentuk menjadi pelbagai senjata, menawarkan pilihan lawan bervariasi yang telah dipamerkan dalam trailer yang dikeluarkan beberapa minggu lalu.

Koleksi senjata ini termasuk Sword untuk serangan sepantas kilat, Greatsword yang memberikan kuasa serangan dahsyat, Poleblade yang menghasilkan badai tikaman, dan Scythe yang cukup pantas tetapi serangannya sukar diramal.

Scythe – Swift and Unpredictable

The Scythe turns speed into a weapon. Dash, reposition, and strike with ninja-like agility. Its mobility-focused skills let you control the battlefield and outmaneuver foes with relentless momentum.#LostSoulAside pic.twitter.com/NwnPOli6Gx

— Lost Soul Aside (@Lost_Soul_Aside) August 17, 2025

Lost Soul Aside akan dilancarkan pada 29 Ogos untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Tags: Lost Soul Aside
ShareTweetSend
Previous Post

BLEACH Rebirth of Souls Dedahkan Retsu Unohana Sebagai Fighter DLC Kedua!

Next Post

[BIC 2025] Kata-Kata Sebagai Senjata – Pandangan Eksklusif “1001 Nights” Oleh Ada Eden

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[BIC 2025] Kata-Kata Sebagai Senjata – Pandangan Eksklusif “1001 Nights” Oleh Ada Eden

[BIC 2025] Kata-Kata Sebagai Senjata - Pandangan Eksklusif "1001 Nights" Oleh Ada Eden

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd