Sebagai persediaan untuk September 2025, Apple Arcade memperkenalkan koleksi game terkini, memberi peluang kepada para pemain untuk menyelami dunia sukan retro, trivia ikonik, dan pengembaraan haiwan peliharaan maya yang popular.
Bermula 4 September, perkhidmatan ini akan melancarkan secara eksklusif NFL Retro Bowl ’26, Jeopardy! Daily, dan My Talking Tom Friends+, sekali gus menyajikan pelbagai jenis pengalaman untuk semua pelanggan.

Game utama bagi penawaran kali ini adalah NFL Retro Bowl ’26 ciptaan New Star Games, yang dilancarkan serentak dengan permulaan musim NFL. Game berlesen rasmi NFL dan NFLPA ini menghidupkan semula senarai pasukan dan pemain sebenar melalui gaya seni retronya yang unik.
Untuk edisi kali ini, satu ciri kompetitif baharu diperkenalkan, iaitu NFL Retro Bowl Championship Leaderboard. Melalui mod ini, pemain berpeluang memilih pasukan NFL pilihan mereka untuk bertanding dalam perlawanan mingguan yang diselaraskan dengan jadual sebenar musim NFL 2025.
Setiap kemenangan akan memberikan pemain mata yang akan dikira untuk meningkatkan kedudukan pasukan mereka di papan pendahulu global yang dikemas kini secara langsung.



Untuk penggemar trivia, Frosty Pop Games pula mempersembahkan adaptasi rancangan kuiz ikonik menerusi Jeopardy! Daily. Elemen keaslian dikekalkan, dengan klu dan soalan eksklusif yang dirangka sendiri oleh barisan penulis rancangan TV yang terkenal itu.
Pemain boleh mencabar minda mereka dengan permainan baharu setiap hari, sambil memberikan jawapan dengan menaipnya dalam format soalan. Selain itu, game ini turut menyertakan kejohanan mingguan dan papan pendahulu global, membuka ruang kepada peminat untuk membuktikan kelayakan mereka sebagai juara Jeopardy!.

Turut serta dalam senarai keluaran September ini ialah My Talking Tom Friends+ daripada Outfit7, versi terbaharu bagi game haiwan peliharaan maya yang amat popular.
Pengalaman simulasi interaktif ini menggabungkan semua watak dari dunia Talking Tom & Friends—iaitu Tom, Angela, Hank, Ginger, Ben, dan Becca—ke dalam sebuah dunia yang penuh warna dan ceria.
Pemain diberi kebebasan untuk memelihara rakan-rakan maya ini, menceriakan rumah mereka, menyertai pelbagai minigame, serta menjelajahi persekitaran yang menarik bersama-sama.
Kesemua game ini boleh mula dimainkan pada 4 September 2025 oleh semua pelanggan Apple Arcade, lengkap tanpa sebarang gangguan iklan atau keperluan pembelian dalam aplikasi.









Discussion about this post