Capcom telah mengeluarkan update baharu untuk Monster Hunter Wilds pada hari ini, iaitu Versi 1.021. Update ini membawakan penambahan besar kepada kandungan endgame, memperkenalkan sistem gear yang baharu, serta pelarasan senjata bagi menangani maklum balas komuniti pemain mengenai nilai main semula game tersebut.
Update ini kini boleh dimuat turun untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC. Saiz muat turun adalah sekitar 3 GB untuk PS5, 2 GB untuk Xbox dan PC asas, manakala tambahan 4 GB diperlukan bagi pemain PC yang menggunakan High Resolution Texture Pack.
Ancaman Baharu dan Customization Lebih Mendalam
Fokus utama update ini adalah perkembangan kandungan endgame menerusi pengenalan 9★ Tempered Quest. Misi ini tersedia untuk pemburu yang telah mencapai Hunter Rank (HR) 100 atau lebih tinggi.
Ia menampilkan versi ‘tempered’ yang jauh lebih kuat daripada sembilan raksasa yang digeruni: Rey Dau, Uth Duna, Nu Udra, Jin Dahaad, Gore Magala, Arkveld, Mizutsune, Lagiacrus, dan Seregios. Sebagai tambahan, versi biasa dan tempered bagi Rey Dau serta Nu Udra juga akan mula muncul di kawasan Wounded Hollow.

Untuk melengkapkan cabaran ini, sebuah mekanik baharu yang dinamakan ‘Appraisal System’ turut diperkenalkan. Dengan menyelesaikan misi 9★, pemain akan diberi ganjaran item misteri “Glowing Stone”, yang akan dinilai untuk menjadi talisman dengan atribut kemahiran secara rawak sebaik sahaja misi ditamatkan.
‘Appraised Talisman’ ini boleh diuruskan selanjutnya di Melding Pot, sekali gus menambah satu lagi lapisan pembinaan build berasaskan RNG bagi pemburu di peringkat late-game. Di samping itu, had tingkat taraf untuk armor bergred Rarity 5 dan ke atas juga telah ditingkatkan, membolehkan defensive build yang lebih kukuh.
Imbangan Senjata dan Buff Menyeluruh

Monster Hunter Wilds update 1.021 memberikan pelarasan yang komprehensif merentasi semua jenis senjata, dengan tumpuan untuk memperkasakan senjata yang kurang berprestasi di samping meningkatkan kelancaran combat secara keseluruhan. Antara sorotan utama termasuk:
- Great Sword: Rantaian kombo ke True Charged Slash kini lebih lancar, berserta peningkatan raw damage dan elemental damage pada set gerakan utamanya.
- Long Sword: Pengurangan delay pada serangan Iai Spirit Slash, membolehkan serangan balas yang lebih pantas apabila keluar dari mod Special Sheathe.
- Dual Blades: Menerima finisher baharu yang dipanggil “Turning Tidedrill,” serta mendapat buff ketara pada keupayaan mengelak dan kelajuan dalam Demon Mode.
- Lance: Kini menerima damage yang lebih rendah semasa menggunakan Power Guard. Serangan balas seperti Retribution Thrust turut menyaksikan peningkatan besar pada raw damage dan elemental damage, memberi ganjaran kepada gaya permainan bertahan.
- Hunting Horn: Serangan Hilt Stab kini mempunyai perlindungan daripada knockback. Aliran kombo daripada pelbagai serangan Melody juga ditambah baik, menjadikannya lebih responsif.
- Light & Heavy Bowgun: Peluru berelemen telah diperkasakan, dan gauge recovery untuk pelbagai jenis peluru juga ditambah baik bagi menggalakkan kepelbagaian binaan watak.
- Senjata Lain: Sword & Shield, Gunlance, Switch Axe, Charge Blade, Insect Glaive, dan Bow semuanya telah menerima pelbagai peningkatan damage, attack chain yang lebih pantas, serta pelarasan hitbox.
Penambahbaikan Kualiti Hidup dan Sistem

Selain daripada aspek combat, update ini turut memperkenalkan beberapa penambahbaikan sistem:
- Equipment Favorites: Pemain kini boleh menanda senjata, perisai, dan talisman sebagai “kegemaran” untuk memudahkan penyusunan serta mengelakkan penjualan atau melding secara tidak sengaja.
- UI Customization: Pilihan baharu telah ditambah untuk membolehkan pemain menyembunyikan paparan peluru dan coating tertentu dari bar UI.
- Bantuan Senjata Jarak Jauh: Pilihan “Recoil Aim Assist” telah ditambah untuk membantu pengguna senjata jarak jauh.
- Penambahbaikan Umum: Jangka masa efek makanan kini dilanjutkan, kursor pada World Map lebih responsif, dan pelbagai pepijat telah diperbaiki, termasuk isu berkaitan mounting, combat di bawah air, serta penggunaan item.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web utama.









Discussion about this post