Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nexon Umum ‘Woochi the Wayfarer’, Sebuah Game Fantasy Action-Adventure Berlatarkan Sejarah Korea

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5, Single Player, Xbox Series X|S
0 0
0
Nexon Umum ‘Woochi the Wayfarer’, Sebuah Game Fantasy Action-Adventure Berlatarkan Sejarah Korea
Share on FacebookShare on Twitter

Nexon Games bersama pembangun LoreVault secara rasminya telah mengumumkan projek terbaharu mereka, Woochi the Wayfarer. Ia merupakan sebuah game fantasy action-adventure untuk single-player yang mengambil tempat di era bersejarah Joseon, Korea.

Game ini kini dalam proses pembangunan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC, namun tarikh pelancarannya buat masa ini masih belum ditetapkan.

Diuar-uarkan sebagai sebuah aksi pengembaraan blockbuster, Woochi the Wayfarer akan membawa pemain mengikuti pengembaraan Jeon Woochi, seorang “Dosa” (The Mage of the Way) yang memiliki kuasa hebat. Dengan sokongan Unreal Engine 5, judul ini berhasrat untuk memaparkan dunia fantasi Joseon dengan begitu hidup.

Jalan ceritanya diilhamkan daripada novel klasik Korea, The Tale of Jeon Woochi, yang berkisar tentang seorang pahlawan yang menggunakan kuasa saktinya untuk menentang kezaliman golongan korup.

Para pemain bakal disajikan dengan penceritaan mengasyikkan, lengkap dengan persekitaran magis, raksasa tradisional Korea, serta gameplay aksi yang dinamik.

Sebuah teaser trailer turut dilancarkan bersama pengumuman ini. Ia bermula dengan seorang dukun misteri, Myoan, yang sedang membaca jampi serapah, diselangi dengan Woochi yang berdiri sendirian di tengah-tengah hutan rimba. Video ini memuncak dengan babak pertarungan hebat antara kedua-dua watak berkuasa ini.

Salah satu tarikan utamanya adalah runut bunyi game ini, yang merupakan hasil gubahan Jung Jae-il. Beliau merupakan seorang komposer terkemuka yang sebelum ini terkenal dengan hasil kerjanya yang memenangi pelbagai anugerah bagi filem Parasite serta siri popular Netflix, Squid Game.

Menurut Nexon Games, judul ini sedang dibangunkan dengan matlamat untuk mencapai standard kualiti dan kandungan yang diharapkan oleh pasaran global, sambil menyajikan satu pengalaman baharu dan istimewa yang berteraskan elemen-elemen tradisional Korea.

Bagi menjamin ketulenan kandungannya, pihak pembangun, LoreVault, kini menjalin kerjasama dengan para pakar dari pelbagai bidang termasuk sastera dan muzik tradisional Korea.

Bukan itu sahaja, pasukan pembangun turut giat melakukan tinjauan lokasi secara ekstensif dengan melawat sendiri tapak-tapak kebudayaan di serata Korea, bertujuan untuk menghasilkan semula era Joseon secara terperinci dalam persekitaran 3D yang bermutu tinggi.

Tags: Woochi the Wayfarer
ShareTweetSend
Previous Post

‘Keluarga Adams’ Versi Malaysia – Maya Karin & Puteri Balqis Bintangi Promosi Baharu Wednesday

Next Post

Tunggang Digimon Kegemaran Anda Dalam Digimon Story Time Stranger! Senarai Penuh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Tunggang Digimon Kegemaran Anda Dalam Digimon Story Time Stranger! Senarai Penuh!

Tunggang Digimon Kegemaran Anda Dalam Digimon Story Time Stranger! Senarai Penuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd