Bagi menyemarakkan lagi promosi untuk Wednesday: Season 2, Netflix Malaysia telah tampil dengan sebuah video promosi istimewa yang mengadaptasi keluarga Addams dengan sentuhan Malaysia tersendiri.
Diterbitkan khas untuk menyambut musim terbaharu siri popular itu, video tersebut menghimpunkan barisan pelakon yang unik lagi menarik.
Barisan pelakon diterajui oleh Ratu Seram negara, Maya Karin, yang melakonkan watak Mak Tisha, ibu yang anggun tetapi penuh misteri. Watak suaminya yang taat, Tok Gomeh, dijayakan oleh Adi Afendi.
Suasana ceria dan kelakar pula disumbangkan oleh pempengaruh media sosial, Bento, bersama neneknya, Hasnah binti Amat (Kek Da-B), yang membawa watak sebagai Ali dan Grandmama. Akhir sekali, anak perempuan gotik mereka bernama Rabu dihidupkan oleh pelakon Puteri Balqis, melengkapkan keluarga unik Wednesday versi Malaysia ini.

Promosi ini tidak terhenti di skrin sahaja, kerana Netflix Malaysia turut menyediakan pengalaman interaktif untuk para peminat. Sebuah replika bernama Nevermore Academy: Malaysia Campus kini dibuka di pusat beli-belah Sunway Pyramid, di mana orang ramai dijemput untuk menyertai sesi ‘orientasi’ yang akan berlangsung sehingga 17 Ogos.
Untuk makluman, Part 1 bagi Wednesday: Season 2 sudahpun boleh ditonton melalui platform Netflix. Part 2 pula bakal menyusul dengan tayangan perdananya pada 3 September nanti.









Discussion about this post