Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Reload Menuju Ke Switch 2, Pelancaran Global Pada 23 Oktober

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Persona 3 Reload Menuju Ke Switch 2, Pelancaran Global Pada 23 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

ATLUS hari ini mengumumkan bahawa RPG popular mereka, Persona 3 Reload, akan tiba di Switch 2. Game yang meraih pujian ramai ini ditetapkan untuk pelancaran global pada 23 Oktober 2024, dan peminat sudah boleh membuat pra-pesanan bermula hari ini.

Untuk konteks, Persona 3 Reload sebelum ini telah pun dilancarkan di platform PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, serta PC (melalui Steam dan Microsoft Store) sejak 2 Februari 2024. Game ini juga boleh diakses oleh para pelanggan perkhidmatan Game Pass.

Bagi Persona 3 Reload versi Switch 2, peminat boleh memilih sama ada untuk mendapatkan edisi fizikal atau memuat turunnya secara digital. Selain edisi standard, ATLUS turut menawarkan Edisi Digital Deluxe yang disertakan dengan buku seni digital dan runut bunyi.

Bagi pakej yang lebih lengkap, Edisi Digital Premium menyediakan semua kandungan Deluxe ditambah dengan “Persona 3 Reload DLC “. Sementara itu, kandungan tambahan “Episode Aegis Pack” perlu dibeli secara berasingan.

Persona 3 Reload merupakan sebuah remake mengagumkan untuk sebuah RPG yang dianggap penting dalam genrenya.

Game ini dibangunkan semula dari awal untuk era moden, menampilkan visual terkini, fungsi gameplay yang lebih mesra pemain, serta UI yang kemas dan bergaya, menjadikannya versi terbaik untuk sesiapa sahaja mengalami kisah klasiknya.

Pemain akan mengawal watak seorang pelajar yang kehidupannya berubah secara drastik selepas menemui “Dark Hour”—sebuah tempoh masa rahsia yang wujud di antara pertukaran hari.

Di sini, mereka akan membangkitkan sebuah kuasa luar biasa untuk merungkai pelbagai misteri, berjuang demi rakan-rakan, dan mencipta memori yang tidak akan dilupakan. Pengalaman naratif ini diperkaya lagi dengan adanya babak-babak baharu, interaksi watak yang diperluas, serta dialog bersuara tambahan.

Corak gameplay mengimbangi dua aktiviti utama: kehidupan harian dan pertarungan. Pemain bebas menyusun jadual harian watak mereka, sama ada dengan meneroka kawasan Port Island atau mengeratkan hubungan dengan watak-watak lain.

Pada masa yang sama, mereka perlu membina pasukan yang handal untuk bertempur dengan musuh misteri yang dikenali sebagai ‘Shadows’ dalam usaha mereka untuk membongkar kebenaran.

Tags: Persona 3 Reload
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Umum Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection, Bakal Dilancarkan Pada 2026

Next Post

Dragon Ball: Sparking ZERO Akan Tiba Di Nintendo Switch & Switch 2 November Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Dragon Ball: Sparking ZERO Akan Tiba Di Nintendo Switch & Switch 2 November Ini!

Dragon Ball: Sparking ZERO Akan Tiba Di Nintendo Switch & Switch 2 November Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd