Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom Umum Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection, Bakal Dilancarkan Pada 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Capcom Umum Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection, Bakal Dilancarkan Pada 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom secara rasminya telah mendedahkan judul utama seterusnya dalam siri RPG spin-off yang digemari ramai, dengan mengumumkan Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection.

Sambil menjanjikan “sebuah kisah baharu para Rider dan raksasa terbang tinggi,” pihak penerbit mengesahkan bahawa game ini dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, konsol Switch 2, dan PC melalui Steam.

Digambarkan sebagai “evolusi seterusnya bagi siri turn-based RPG yang kaya dengan penceritaan,” Twisted Reflection akan memperkenalkan naratif baharu yang dramatik.

Berlatarkan konflik antara dua kerajaan, Azuria dan Vermeil, keduanya kini diancam oleh wabak kristal misteri yang merebak tanpa kawalan. Harapan mula berputik apabila sebiji telur purba menetaskan seekor Rathalos yang telah lama dianggap pupus.

Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila seekor lagi Rathalos kembar menetas dari telur yang sama—keduanya membawa tanda sumpahan yang pernah mencetuskan perang saudara dahsyat 200 tahun yang lalu.

Anda akan bermain sebagai pewaris takhta Azuria, seorang ketua Ranger yang istimewa dan juga satu-satunya Rathalos Rider di seluruh negeri. Selepas satu tragedi besar, anda tekad untuk membongkar misteri di sebalik bencana ini dengan memulakan perjalanan ke wilayah larangan di utara.

Dalam pengembaraan ini, anda akan ditemani oleh Puteri Eleanor dari Vermeil, yang dihantar ke Azuria sebagai jaminan damai bagi meredakan permusuhan. Bersama Monstie kesayangannya, Anjanath, Eleanor turut serta dalam misi ini untuk menyiasat agenda tersembunyi kakaknya, Ratu Vermeil.

Ditemukan oleh takdir, mereka bersama-sama memberanikan diri memasuki tanah terlarang itu untuk menentang malapetaka yang bakal memusnahkan dunia mereka.

Pengumuman ini meneruskan momentum francais Monster Hunter Stories. Judul terkininya, Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin, telah dilancarkan di seluruh dunia pada Julai 2021 untuk Nintendo Switch dan PC. Siri ini bermula dengan Monster Hunter Stories yang asal di Nintendo 3DS, yang dikeluarkan pada tahun 2016 di Jepun.

Versi remaster penuh game pertama itu telah dikeluarkan baru-baru ini pada Jun 2024 untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, dan PC, sekaligus memperkenalkan asal-usul siri ini kepada generasi pemain yang baharu.

Walaupun butiran lanjut mengenai gameplay belum didedahkan, pengumuman Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection mengesahkan komitmen Capcom terhadap siri ini, dengan membawanya ke perkakasan generasi baharu.

Tags: Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection
ShareTweetSend
Previous Post

Impulse Gaming Sambut 20 Tahun Dengan Promosi ‘Level Up’ & Pembesaran Kedai Flagship!

Next Post

Persona 3 Reload Menuju Ke Switch 2, Pelancaran Global Pada 23 Oktober

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Persona 3 Reload Menuju Ke Switch 2, Pelancaran Global Pada 23 Oktober

Persona 3 Reload Menuju Ke Switch 2, Pelancaran Global Pada 23 Oktober

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd