Berita baik untuk semua peminat siri anime popular, Demon Slayer! Sila tandakan kalendar anda kerana Golden Screen Cinemas (GSC) akan mengadakan fan screening eksklusif selama satu hari sahaja untuk filem yang paling dinantikan, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle pada hari Rabu, 13 Ogos 2025.
Filem ini merupakan bahagian pertama daripada trilogi yang akan mengakhiri keseluruhan siri anime Demon Slayer. Diarahkan oleh Haruo Sotozaki dan diterbitkan oleh studio terkenal, Ufotable, ia diadaptasi daripada arc “Infinity Castle” dalam manga asal karya Koyoharu Gotouge.
Filem ini akan membawa penonton mengikuti perjalanan Tanjiro Kamado dan Demon Slayer Corps yang terperangkap di dalam Infinity Castle. Di sana, mereka bakal berdepan pertempuran akhir yang epik menentang Muzan Kibutsuji, bersama saki-baki Iblis Upper Rank.
Tayangan istimewa ini menjanjikan pengalaman sinematik yang premium dalam format IMAX dan 4DX. Setiap tiket didatangkan dengan pakej cenderahati koleksi edisi terhad. Selain itu, sebuah acara yang lebih eksklusif, iaitu “Ultimate Fan Gathering”, turut dianjurkan di Aurum Theatre, The Exchange TRX.
Fan screening di Seluruh Negara: IMAX, 4DX, BIG & MAXX
Penonton yang membeli tiket untuk fan screening pada 13 Ogos di cawangan GSC terpilih berpeluang menebus pakej koleksi eksklusif ini.
- Pakej IMAX: Merangkumi 1 tiket wayang IMAX, 1 poster filem IMAX saiz A3, dan 4 tiket koleksi GSC (rekaan rawak daripada 13 pilihan).
- Lokasi IMAX: GSC IOI City Mall 2 (Putrajaya), GSC KL East Mall, dan GSC The Mall, Mid Valley Southkey (JB).
- Pakej 4DX: Merangkumi 1 tiket wayang 4DX, 1 poster filem saiz A3, dan 2 pin lencana GSC (rekaan rawak daripada 12 pilihan).
- Lokasi 4DX: GSC IOI City Mall 1 (Putrajaya), GSC LaLaport BBCC, GSC 1 Utama, GSC Paradigm JB, dan GSC MidValley Southkey (JB).
- Pakej BIG & MAXX: Merangkumi 1 tiket wayang BIG atau MAXX, 1 poster filem saiz A3, dan 2 tiket koleksi GSC (rekaan rawak daripada 13 pilihan).
- Lokasi BIG: GSC 1 Utama, GSC LaLaport BBCC, GSC Paradigm JB.
- Lokasi MAXX: GSC IOI City Mall 1 (Putrajaya).
Ultimate Fan Gathering di Aurum Theatre, The Exchange TRX
Khas untuk peminat tegar, GSC mempersembahkan Demon Slayer: Infinity Ultimate Fan Gathering di pawagam mewahnya, Aurum Theatre. Pakej istimewa ini menawarkan pengalaman premium dengan tempat duduk selesa, hidangan makanan dan minuman, serta barangan koleksi yang lebih hebat.
- Pakej IMAX (RM130): Termasuk 1 tiket IMAX berserta makanan & minuman, 1 poster filem IMAX saiz A3, 4 pin lencana GSC (rekaan rawak), 1 cawan double wall Demon Slayer, serta popcorn dan minuman ringan tanpa had.
- Pakej 2D ScreenX (RM100): Termasuk 1 tiket 2D ScreenX berserta makanan & minuman, 1 poster filem saiz A3, set penuh kesemua 13 rekaan tiket koleksi GSC, 1 cawan double wall Demon Slayer, serta popcorn dan minuman ringan tanpa had.
- Pakej Maybank Comfort Cabin / Escape Studio (RM200): Termasuk 1 tiket berserta makanan & minuman, 1 poster filem saiz A3, set penuh kesemua 13 rekaan tiket koleksi GSC, 1 cawan double wall Demon Slayer, serta popcorn dan minuman ringan tanpa had.
Cara Membeli
Tiket untuk semua fan screening Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle boleh dibeli melalui laman web GSC, aplikasi GSC, atau di e-Kiosk cawangan pawagam yang terlibat. Pastikan anda menempah tiket lebih awal untuk menjamin tempat duduk dan barangan koleksi eksklusif anda!
Selepas acara khas ini, Demon Slayer: Infinity Castle akan ditayangkan secara rasmi di seluruh negara bermula Khamis, 14 Ogos 2025.









Discussion about this post