Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Civilization: Eras & Allies Season 2 Kini Bermula, Membawakan Pelbagai Kandungan Menarik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Civilization: Eras & Allies Season 2 Kini Bermula, Membawakan Pelbagai Kandungan Menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

2K hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Season 2 untuk game Civilization: Eras & Allies bagi para pemain iOS dan Android di seluruh rantau Asia.

Update terbaharu ini memperkenalkan Era Modern, bersama Sistem Modern yang serba baharu, tujuh wira legenda, serta acara istimewa Summerfest yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif.

Memasuki Season 2, para pemain kini berpeluang memajukan tamadun mereka sehingga ke Era Modern. Kemajuan ini akan membuka akses kepada teknologi-teknologi termaju dan unit tentera yang hebat, seperti Helikopter dan Mobile SAM.

Selain itu, Alliance juga boleh menggunakan senjata pengepungan baharu, iaitu Hypersonic Missile Launcher, yang dijangka akan mengubah corak pertempuran secara besar-besaran.

Perang akan menjadi lebih epik dengan kemunculan tujuh wira legenda baharu, masing-masing dengan kebolehan unik tersendiri.

Pemain boleh merekrut Napoleon, Queen Elizabeth I, Sanada Yukimura, Ryu Seong-ryong, Cyrus the Great, Nebuchadnezzar, dan Queen Gudit untuk memperkayakan lagi pilihan taktikal dan mencorakkan semula sejarah mengikut strategi mereka.

Season 2 turut memperkenalkan Sistem Governor, sebuah ciri baharu yang direka untuk mengeratkan lagi kerjasama strategik dalam kalangan ahli Alliance. Pemain kini boleh melantik ahli Alliance lain sebagai gabenor untuk mentadbir bandar-bandar yang berjaya ditawan.

Para gabenor ini diberi kuasa untuk membina bangunan khas, menjemput sehingga 30 citizen, dan bekerjasama bagi mengaktifkan ‘buff’ hebat yang akan memperkasa seluruh Alliance.

Sempena meraikan pelancaran ini, acara istimewa Summerfest akan berlangsung dari 24 Julai hingga 13 Ogos. Antara aktiviti dan ganjaran yang menanti pemain termasuklah:

  • Acara Log Masuk 7 Hari: Pemain yang log masuk setiap hari antara 24 Julai hingga 13 Ogos akan menerima ganjaran harian seperti Recruit Token, Emas, Gold, dan City Blueprint.
  • Sorakan Keraian: Dapatkan Gold secara percuma setiap hari hanya dengan bertegur sapa dengan pemain lain di World Chat.
  • Kostum Eksklusif: Kostum ‘Arabian Nights’ untuk Saladin boleh didapati sepanjang acara ini. Selain itu, City Skin bertemakan Atlantis pula dijangka akan diperkenalkan pada bulan Ogos.

Pilihan customization pemain turut dipertingkatkan melalui kemas kini Triumph Shop. Pemain kini boleh menggunakan pendapatan mereka untuk menebus pelbagai item edisi terhad, termasuk Avatar, Avatar Frame, Chat Bubble Frame, dan item baharu Envoy.

Dengan bermulanya Civilization: Eras & Allies Season 2, beberapa kemajuan permainan akan ditetapkan semula bagi memastikan semua pemain memulakan saingan di landasan yang sama. Namun, aset-aset penting seperti Diamond dan Gold akan dikekalkan.

Pemain dinasihatkan untuk menyemak notis di in-game banner bagi mendapatkan maklumat penuh tentang item yang akan dibawa ke musim baharu.

Civilization: Eras & Allies boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play di seluruh rantau Asia. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web rasminya.

Tags: Civilization: Eras & Allies
ShareTweetSend
Previous Post

EA SPORTS FC 26 Jelaskan Rombakan Gameplay Besar-besaran, Memisahkan Pengalaman Online & Offline!

Next Post

Pengalaman Kami Di HoYo FEST 2025: Pesta Meriah Penuh Aktiviti & Barangan Eksklusif Untuk Peminat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Pengalaman Kami Di HoYo FEST 2025: Pesta Meriah Penuh Aktiviti & Barangan Eksklusif Untuk Peminat

Pengalaman Kami Di HoYo FEST 2025: Pesta Meriah Penuh Aktiviti & Barangan Eksklusif Untuk Peminat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd