SEGA kini sedang menganjurkan SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 di Steam, memberikan peluang kepada para pemain untuk gamer mendapatkan pelbagai game PC terpilih daripada SEGA dan ATLUS pada harga diskaun yang menarik.
Jualan istimewa ini akan berlangsung sehingga 14 Julai 2025 dan memfokuskan kepada beberapa tajuk kegemaran peminat, terutamanya siri popular Like a Dragon.

Antara tarikan utama jualan ini ialah bundle khas yang menghimpunkan dua game terbaru dalam siri Like a Dragon: Like a Dragon: Infinite Wealth dan Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii. Bundle eksklusif ini ditawarkan pada harga diskaun, menjadikannya peluang terbaik untuk peminat menikmati dua pengembaraan epik penuh aksi.
Bagi pemain yang sudah memiliki salah satu game tersebut, SEGA turut menyediakan potongan harga untuk game yang satu lagi, membolehkan mereka melengkapkan koleksi dengan lebih jimat.

Beberapa lagi judul terkenal dari siri Like a Dragon turut termasuk dalam jualan ini, antaranya Yakuza Kiwami, Yakuza: Like a Dragon, dan Like a Dragon: Ishin!, semuanya ditawarkan pada harga lebih rendah daripada biasa.
Sama ada anda peminat lama atau baru ingin meneroka dunia unik dan penceritaan mendalam dalam siri ini, inilah masanya untuk menyelam ke dalam dunia Like a Dragon.

Selain daripada siri tersebut, SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 juga membawakan pelbagai lagi game dari SEGA dan ATLUS untuk platform PC. Senarai penuh game yang ditawarkan boleh disemak melalui laman rasmi jualan di SINI.









Discussion about this post