Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pameran Pop-Up “Love and Deepspace” Pertama di Asia Tenggara Bawa Sentuhan Cinta Ke Resorts World Sentosa

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 11, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Romantic
0 0
0
Pameran Pop-Up “Love and Deepspace” Pertama di Asia Tenggara Bawa Sentuhan Cinta Ke Resorts World Sentosa
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Love and Deepspace, game romance interaktif 3D, kini berpeluang merasai dunia cinta berlatarkan sains fiksyen tersebut menerusi pameran pop-up pertamanya di Asia Tenggara.

Dianjurkan oleh Infold Games dengan kerjasama Resorts World Sentosa (RWS), acara ini berlangsung secara percuma dari 18 hingga 31 Julai 2025 di ave8, Singapura menawarkan pengalaman luar talian yang istimewa kepada para pemain.

Acara ini menukar ruang ave8 menjadi galeri bertemakan angkasa lepas, lengkap dengan peluang bergambar bersama replika bersaiz sebenar watak-watak utama seperti Xavier, Zayne, Rafayel, Sylus, dan Caleb.

Terdapat juga pemasangan khas yang diinspirasikan daripada momen-momen penting dalam update terbaru, serta aktiviti interaktif dengan pelbagai hadiah eksklusif untuk dimenangi.

Pengunjung boleh menikmati pengalaman penuh termasuk reruai bergambar pada hujung minggu (18–20 Julai dan 25–27 Julai) dari jam 11 pagi hingga 7 petang, manakala pemasangan tetap boleh dilawati setiap hari. Tiada tiket atau pendaftaran awal diperlukan.

Limited-Time Pop-Up! Love and Deepspace Arrives in Sentosa, Singapore!💫
Step into your own love story and relive your favorite romantic moments from Love and Deepspace!

💫 Event Dates: Jul. 18 – 31, 2025
💫 Location: ave8, Resorts World Sentosa Singapore

Don't miss out on this… pic.twitter.com/JbR57k5awO

— Love and Deepspace (@Love_Deepspace) July 11, 2025

Peluang Menang Hadiah Eksklusif Melalui Cabutan Bertuah

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, pemain boleh menyertai satu kempen khas untuk berpeluang memenangi barangan rasmi Love and Deepspace, atau hadiah utama berupa penginapan satu malam di Hotel Ora bertaraf lima bintang di RWS. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, peserta hanya perlu:

  • Muat naik gambar reruai dari pameran pop-up di Facebook, Instagram, TikTok, atau X dengan menggunakan tanda pagar #ResortsWorldSentosa, #RWSmoments, #loveanddeepspace, dan #lndsea (gambar dari Instagram Stories tidak akan dikira).
  • Pastikan akaun media sosial anda disetkan kepada umum sepanjang tempoh kempen dan sehingga pemenang diumumkan.
  • Imbas kod QR di lokasi pameran untuk menyertai kumpulan Facebook rasmi Love and Deepspace SEA.
  • Lengkapkan borang Google yang disediakan bagi mengesahkan penyertaan.

Kempen ini dibuka dari 18 Julai 2025 jam 10:00 pagi hingga 31 Julai 2025 jam 11:59 malam. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja. Penyertaan berulang akan dibatalkan secara automatik.

Sebanyak 50 peserta bertuah akan menerima set barangan eksklusif, manakala seorang pemenang utama akan menikmati penginapan mewah di hotel. Pemenang akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2025 melalui e-mel.

Hadiah hanya akan dihantar ke alamat dalam Singapura, dan peserta mestilah berumur sah mengikut undang-undang. Terma dan syarat penuh terpakai.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pop-up Love and Deepspace di Asia Tenggara. Acara ini dibuka kepada semua dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, layari rwsentosa.com/en/events/loveanddeepspace.

Tags: Love and Deepspace
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 Tawar Diskaun Besar di Steam, Termasuk Bundle Baru “Like a Dragon!”

Next Post

One Piece Dedah Wajah Sebenar Rocks D. Xebec, Rupanya Berkaitan Dengan Blackbeard

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kredit: @IfihasR5

One Piece Dedah Wajah Sebenar Rocks D. Xebec, Rupanya Berkaitan Dengan Blackbeard

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd