Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 4, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, Open World, PC, PS4, PS5, Steam, Temuramah
0 0
0
Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiap sedialah untuk berbasikal mengelilingi Kampung Durian Runtuh! Streamline Studios bersama Les’ Copaque Production telah mengumumkan bahawa Upin & Ipin Universe, game pengembaraan open world pertama yang diadaptasi daripada siri animasi popular tersebut, bakal dilancarkan pada 17 Julai.

Ia akan tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch serta PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Game ini mengajak pemain menyelami dunia Upin & Ipin, fenomena global yang telah meraih bilion tontonan di YouTube. Berlatarkan sebuah kampung yang direka dengan penuh butiran, ia membawakan suasana nostalgik zaman kanak-kanak penuh dengan penerokaan, persahabatan, dan detik-detik istimewa.

Dari ladang pisang ke hutan belantara, setiap inci Kampung Durian Runtuh terasa hidup, tanpa zon yang dikunci, skrin loading, atau pemasa yang mengganggu keseronokan.

Pemain boleh bermain sebagai kedua-dua watak utama, Upin dan Ipin, dalam mod single-player di mana mereka mengembara bersama, atau bermain bersama rakan melalui mod split-screen co-op.

Misi utama mengisahkan si kembar membantu seorang tetamu misteri mencari jalan pulang, mengikat mereka lebih erat dengan penduduk kampung.

Sepanjang pengembaraan, pemain akan menemui watak-watak ikonik seperti Mei Mei, Ehsan, Jarjit, dan Mail, yang masing-masing hadir dengan tugasan unik, cabaran menyeronokkan, atau gurauan mencuit hati.

Upin & Ipin Universe turut memperkenalkan kitaran siang dan malam serta sistem cuaca dinamik yang mempengaruhi pengalaman bermain. Misi, kemunculan haiwan dan serangga, serta rutin harian NPC berubah mengikut waktu dan cuaca, menjadikan setiap sesi bermain berbeza.

Pemain boleh meneroka pasar, berenang di sungai, memanjat bumbung, atau menemui tempat rahsia di hutan.

Game ini turut dipenuhi pelbagai aktiviti yang mencerminkan kehidupan kampung yang menyeronokkan:

  • Berkebun: Tanam, jaga, dan tuai pelbagai tanaman sambil membantu Opah di kebunnya.
  • Memancing: Pilih umpan dan lokasi terbaik untuk menangkap ikan tempatan – ada yang hanya muncul ketika malam atau hujan.
  • Memasak (Masak-Masak): Masak hidangan lazat melalui minigame berirama dan buka resipi baharu.
  • Lumba: Berlumba di litar yang berubah-ubah atau pandu kereta kawalan jauh di kawasan kampung.
  • Lawan Gasing: Bertarung di arena dengan gasing yang boleh diubah suai mengikut citarasa.

Dibina menggunakan Unreal Engine 5, game ini direka agar mudah diakses dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tiada sistem pertempuran, tiada transaksi mikro, dan tiada kegagalan misi.

Ia juga merupakan permainan offline sepenuhnya, jadi tidak memerlukan sambungan internet, dan semua kandungan disediakan dalam muat turun atau cakera.

Pemain boleh memilih untuk bermain dengan suara latar penuh dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, serta mencampur padankan audio dan sari kata mengikut keselesaan.

Sama ada anda ingin mengekalkan suasana asli dengan audio Bahasa Malaysia atau menikmati pengalaman sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, semuanya terpulang kepada pilihan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Upin & Ipin Universe.

Tags: Upin & Ipin Universe
ShareTweetSend
Previous Post

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

Next Post

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd